• News

    21 August, 2013

    AYAH REBAH

    Ayah rebah pagi nak buat lemang!!! Ya Allah, semua tergamam masa tu. Mujur ada abang masa tu, dia ternampak ayah rebah kat luar sorang2, tak tau dah berapa lama ayah jatuh. Padahal masa tu aku tengah buai Amna sambil sembang2 dengan adik, langsung tak sedar or dengar apa2. Abang seret ayah masuk dalam rumah sebab tak mampu nak angkat ayah yang berat. Lepas dia jerit "ayah lembik" baru aku terpa ke dapur panggil Kak La dengan Mak.

    Tangan kiri dengan kaki ayah dah lembik. Kami adik beradik pakat2 urut ayah. Muka semua pucat, kalau toreh dengan pisau pun mesti takdak darah. Kami try dudukkan ayah, tapi ayah tak boleh duduk, pinggang pun lembik. Masa tu ayah still sedar, dia asyik menguap2, tangan kanan dengan kaki kanan still boleh gerak.

    Kami decided hantar ayah pi hospital sik. Sebab condition ayah yang teruk tu, ayah kena transfer pi hospital sultanah bahiyah alor setar. Hari terakhir puasa, kami 1 family berbuka di hospital sultanah bahiyah sebab nak tengok keadaan ayah.

    Susah nak melawat ayah sebab aku terpaksa usung Amna dengan Emran. Ayah emran masa tu takdak, dia tinggalkan kami awal2 kat kampung sebab dia kerja masa raya. So susah nak kepung emran yg suka lari2, amna pulak teriak2. Sat sangat aku dapat tengok ayah.

    Aku macam biasa, nampak sgt tough di luar, tapi airmata sangat laju bila tengok keadaan ayah. Ya Allah, sedihnya tengok keadaan ayah. Mungkin aku la anak yang selalu cari pasal dengan ayah, suka lawan cakap ayah, tapi aku sayang ayah sangat2.

    Kami ingat masa tu ayah kena strok biasa ja, rupanya lepas doktor scan kepala ayah, rupanya ada darah beku. Dan now, keadaan ayah makin teruk sebab darah beku tu dah merebak pi seluruh kepala. Ya Allah, masa tu aku rasa macam dada aku kena hempap dengan batu yang sangat besaq.

    Aku tak berpeluang nak jaga ayah kat wad, dulu2 masa aku belum kawin, memang kalau ada sapa2 yang masuk wad, aku yang selalu jaga depa. Kali ni lain, aku dah kawin, dah ada anak2 yang masih kecik, kalau tak, mesti aku dah amek peluang ni untuk jaga ayah. Masa hari terakhir aku tengok ayah kat hospital sultanah bahiyah, aku usap2 rambut ayah, aku usap2 dahi ayah. Aku kata misai dia dah panjang. Aku cium2 ayah.

    Family aku agak conservative pasal nak tunjuk perasaan sayang ni, kami tak penah cium pipi ayah, setakat salam2 gitu saja. Tapi kali ni aku buang rasa malu sebab aku memang sayang ayah, aku cium pipi ayah banyak kali, cium tangan ayah. Airmata memang deras meleleh, aku tengok ayah pun teriak. Aku lap airmata ayah. Aku still buat lawak bodo dengan ayah, ntah apa aku cakap.

    Tiba2 ada orang mai nak ajar ayah utk gerakkan kaki dengan tangan kiri ayah yang lembik tu. Dia pun ada ajar aku macam mana nak buat. Kan bagus kalau aku dapat jaga ayah kat wad, mesti aku dapat buat exercise tu untuk ayah, orang tu cakap takut kaki dengan tangan ayah terus keras, dan takleh gerak sampai bila2. Aku angguk paham, tapi dalam hati sedih ya amat.

    Berat nak tinggal ayah, aku kena balik Lumut, sebab aku dah janji nak tolong mak beli pampers ayah, beli susu ayah. Mak dah tak motong sebab nak jaga ayah. Mana nak ada duit. Sebelum aku balik, aku cium ayah berkali2. Doktor ada masukkan tiub ke hidung ayah, senangkan ayah nak minum susu.

    "Ya Allah, Kau panjangkan usia ayahku. Kau ampunilah dosa2 ayahku ya Allah, Kau sembuhkan lah penyakit ayahku. Berilah kami adik beradik peluang untuk berbakti kepada ayah, menjaga ayah. Tapi kami redha ya Allah sekiranya Kau lebih menyayangi ayah. Hilangkanlah kesakitan yang ditanggung ayahku Ya Allah".

    4 comments:

    ayuzan said...

    sebak...
    teringat kat arwah abah sy masa jaga beliau sakit kat hospital..

    Unknown said...

    Sabar banyak2 yer..
    sis doakan ayah awak kembali sihat seperti biasa.
    banyakkan berdoa.

    sebak sangat baca n3 nih..:(

    Myra Jay said...

    Banyakkan berdoa moga ayah akan kembali sihat dan kuat ye.
    Sabar bebanyak, semua ni dugaan.

    aitotyati said...

    Salam gc,
    Ai doakn ayah cpt sembuh.
    Smbl bc smbl leleh ayaq mata teringat abah Ai

    Total Pageviews

    My Followers