• News

    26 August, 2013

    KAWAD MERDEKA

    Ayah emran selected pi kawad merdeka kt KL. Specificnya mungkin kat Dataran Merdeka, entah. Aku tak berapa sure sangat. So pagi tadi siap kan emran dengan amna awal-awal, hantar pi rumah pengasuh. Rumah pengasuh pun still tunggang langgang dengan pinggan mangkuk sebab Jumaat lepas si Angah bertunang. Jangan emran kerjakan pinggan mangkuk tu sudah. Rosak barang orang, jenuh nak mengganti.




    Ayah emran ajak breakfast sama-sama. Kami memang jarang breakfast sama-sama. Selalunya pukul 7 ayah emran dah siap-siap pi kerja. Aku pulak kelam kabut bersilat kat rumah nak siapkan moi amna, kain baju emran dengan amna tak siap lagi. Fening kepala pagi-pagi. Lagipun aku masuk keja 8.30.




    Aku tak banyak cakap, tengah layan perasaan sebab sedih ditinggalkan suami selama seminggu. Ni kali pertama ayah emran pi jauh (KL saja kan, tak jauh mana tapi still jauh kan sebab tak balik rumah). Emran pulak baru baik demam, siang ok, dekat maghrib badan start panas. Itu yang aku risau tu. Takut aku tidur mati.. Harap-harap demam emran dah baik.. Amin..




    Masa ayah emran pesan jaga diri baik-baik tu aku rasa macam nak terjatuh airmata aku. Aku cepat-cepat cover, terus masuk dalam kereta. Ya Allah, aku tak pernah berjauhan dengan ayah emran lama-lama. Pernah dulu 2 hari kot masa emran belum lahir lagi, tapi hari-hari aku cium kain pelikat ayah emran. Hahahaha.






     "Papa, balik cepat tau.."







    3 comments:

    ayuzan said...

    alalala.. sabar ye kak.hehe

    Unknown said...

    huhuhu.. moga tabah untuk berjauhan selama seminggu..:)

    akubiomed said...

    Salam perkenalan. Suami anggota pakaian seragam ker?

    Total Pageviews

    My Followers