kena pandai cover malu



Padang tempat aku selalu main masak-masak masa kecik dulu (tipu je)


Aku terjumpa story ni dalam draft post aku. Hahaha. Post ni aku karang masa awal-awal aku kahwin dulu, sekarang ni dah ada 4 anak. Hahaha. Takpa kan kalau nak post balik. 😂 Sudi-sudikan lah baca ye.. 

***

Dulu, aku satu family pernah tinggal di sebuah kampung yang lain sebelum ayah ambik keputusan untuk pindah balik dan tinggal dengan tok sebab keadaan kesihatan tok yang tidak mengizinkan. Kat kampung lama tu, mesti lah aku kenal dengan kawan-kawan ayah. Sebab kadang-kadang aku yang jadi tukang buat air kopi. Air kopi adalah minuman wajib yang akan dihidang kepada tetamu sejak turun temurun, sejak dari abad ke 10 lagi.


Lepas pindah dari sana, kami dah memang jarang balik ke sana, sementelah (ayat skema gila vavi) aku pulak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi daripada espiyem dan estipiyem. Dan selepas tu bekerja pulak.


Alkisahnya, masa kenduri kahwin aku tahun lepas, adala beberapa kawan lama ayah yang datang. Aku sangat-sangatlah ingat pakcik tu sebagai kawan ayah. Jadi, sebagai orang yang dikenali ramah walaupun muka sombong, aku pun meringankan mulut, tegur kawan-kawan ayah.


Aku: Pakcik Deris dah lama sampai? (sambil salam ciyum tangan. Sopan gila aku nih. Adik-adik aku pun menempek sekali, salam dan bersembang lebih kurang dengan Pakcik Deris).


Pakcik tu: Lama dah. (kemudian sembang pum pang pum pang sebelum aku mintak diri beredar dari situ, tak manis rasanya menyebok masa orang-orang tua tengah sembang).


Dah lama sembang, Pakcik Deris pun angkat punggung, nak balik. Aku dengar ayah pesan kat Pakcik Deris, "Daud, hang kalau senang mai la jalan kat sini lagi. Nah, ni lauk kenduri".


Aku masa tu sedar yang aku dah salah sebut nama pakcik tu. Masa tu sumpah macam nak loncat masuk dalam kawah, yang orang kampung guna nak masak gulai siang tadi. Tapi, dah nama pun pengantin, mesti lah tahu cover malu.



Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post