Saturday, November 20, 2021

Nyaris Tertinggal Anak Dalam Kereta

 Assalamualaikum 


Benda ni jadi 2 hari lepas, aku terpaksa balik lambat, kebetulan tengah audit. Rushing betul petang tu nak cepat balik, nak ambik anak-anak dekat rumah pengasuh jugak. Tak seronok kalau anak-anak jadi orang last yang balik. Walaupun balik lambat bukanlah benda yang disengajakan.


Dah dekat waktu maghrib jugak masa tu aku sampai dekat rumah pengasuh, memang betul, Aimy dengan Aleeya budak last yang masih ada kat situ. Budak-budak lain dah lama balik. 


Sorry ye anak-anak.. sorry jugak buat pengasuh..


Sampai dirumah, dah azan maghrib. Aku pun cepat-cepat suruh anak-anak keluar dari kereta, aku pun kelam kabut kunci pagar rumah, jenguk dalam kereta just to make sure beg baju anak-anak dah angkut sekali,  sebab nanti nak cuci baju kotor depa.


Aku pun tutup pintu belakang lepas aku pastikan betul-betul yang memang Aimy dan Aleeya dah turun. Buka pintu sebelah depan bahagian penumpang, angkat beg-beg aku dan terus locked kereta. Laju nak masuk dalam rumah sebab azan maghrib masih berkumandang.


Sekali terdengar macam orang menjerit, rupanya Aleeya terkunci dalam kereta. Menangis, meraung dia lepas aku kunci pintu kereta. Rupa-rupanya, dia main sembunyi-sembunyi dekat third row kereta.


Allahuakbar! Nasib baik sekejap je. Terus aku buka pintu dan bawak dia masuk dalam rumah. Teruk dia menangis, cakap Mama tak sayang Eya. 


Sorry Aleeya, mama betul-betul tak perasan Aleeya ada dekat belakang. Mama betul-betul ingat Aleeya dah sama-sama turun dengan Aimy tadi. Walaupun benda ni jadi sekejap je, tapi betul-betul buat aku cuak!


Tak boleh bayangkan benda yang aku selalu baca dekat news, jadi dekat diri aku sendiri. Mintaklah Allah jauhkan benda-benda macam ni dari aku, dan juga kita semua. 


Dugaan PJJ. Kalau dulu masa suami ada, dia yang akan ambik anak-anak dari rumah pengasuh sebab dia balik awal sikit dari aku, pulak tu, tempat kerja aku jauh dari rumah.








No comments: