• News

    16 November, 2021

    Our first outing without Mr. Papa



    Gambar first outing kami tanpa laki. Well, anak-anak behave. Alhamdulillah. Kami beli barang makan, ni memang penting. Hahaha.. 


    I don’t know how to express my feelings right now sebab almost 24 jam lebih laki aku diam tanpa whatsapp or call aku. Aku assume saja dia sibuk. Sibuk di tempat baru, sibuk dengan new environment, sibuk dengan tugas baru, sibuk dengan tanggungjawab baru, sibuk dengan semua benda yang baru bagi dia.


    Sebab tu dia langsung tak whatsapp or call aku. Ok, fine. Aku totally faham. Tapi at the other side of me, side jahat aku, side syaitan dalam diri aku, keep on pujuk aku suruh aku jadi marah sebab laki aku langsung tak reti nak whatsapp atau call, alaahhh bukan lama pun, seminit, dua minit pun dah cukup, tapi hurmmm itu lah, nothing happend.


    Aku cakap dengan diri aku, ok fine, aku takmau kacau dia, aku nak letak ego aku tinggi melangit, biar dia yang call aku dulu, aku jangan call dia. At last, aku jugak yang call dia. Hurmmm.. I put aside my ego, sebab rasa sakit hati, geram aku tu lagi membuak-buak. Tapi, panggilan tak dijawab. Ok, busy kot.


    Helloooo.. busy sangat ka sampai lupa aku dengan anak-anak. Bukan ka aku yang sepatutnya lagi busy dan letih, sebab aku bekerja 8 pagi sampai 5.30 petang, tapi dari pukul 6 pagi rutin aku sudah bermula. I’m handling 4 kids, bukan 4 anak kucing. 


    Hurmmm entah lah.. aku harap dia ok di sana. Walaupun sepatutnya aku perlu lebih risau keadaan aku dengan anak-anak kat sini. 


    Aku cuba fikir positif, walaupun taklah positif sangat sebenarnya. Hahahaha. Baik aku sibukkan diri aku, dari fikir benda yang bukan-bukan. 


    Dah lah, aku nak sidai baju. Malam-malam baru nak sidai baju. Hurmmm apa boleh buat, nak buat semua benda esok pagi, kelam kabut gila! Doakan lah aku dengan anak-anak baik-baik je dekat sini.


    Kami Ok, makan minum semua cukup. Janji anak-anak belum merungut mana papa, mana papa. Tapi ironinya, kami memang dah biasa ditinggalkan tanpa khabar berita. Jadi, biarlah.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers