• News

    23 January, 2022

    Booster and Medicated Plaster

     Assalamualaikum 


    Jarang-jarang sikit nak update blog, kelam kabut sikit dengan hal rumah sewa yang tengah repair tu. Banyak benda nak kena fikir, bukan sikit-sikit ye modal nak repair rumah. Walaupun budget aku untuk repair rumah ni bawah RM10 ribu, tapi aku kalau boleh nak keep it under RM8 ribu je.


    Tapi alkisahnya, dah nak dekat RM8 ribu dah ni. Itu ini nak kena tukar! Aiyooo…


    Ahhh.. biar dulu lah pasal rumah sewa tu. 


    Ceritanya, pada tarikh 14 Jan 2022, aku dah pi walk in booster. Kalut sikit ambik booster sebabnya kawan yang dapat 1st dan 2nd dose vaksin sama dengan aku, dah dapat tarikh cucuk booster, tapi aku belum dapat.


    Aku pun gigih la post dekat whatsapp status, tanya-tanya kalau dewan dekat rumah aku ni still open untuk cucuk booster. Rupanya, dah tutup. Nasib baik ada seorang lagi kawan yang reply, kata ada 1 klinik dekat depan Caltex Lekir yang buat walk in booster.


    Klinik V Medic namanya. Klinik baru ni, sebab selama aku kerja ni, tak pernah dengar lagi nama klinik ni. 


    So aku pun cari la no. telefon klinik ni, Alhamdulillah dapat. Booked nama lebih kurang, sekali ofismate pun cakap nak ikut sekali. Maka kami berdua pun pegi lah cucuk booster bersama-sama. Ada kawan, takla rasak cuak dan takut sangat.


    Proses pun smooth je, masa tu pun ada la 3,4 orang aunty uncle berbangsa Cina yang nak cucuk booster jugak. They so friendly, Alhamdulillah rakyat Malaysia tak kira apa bangsa memang baik. 


    Cucuk pfizer kali ni for booster, aku tak demam compare to masa cucuk 2nd dose haritu. Masa 2nd dose tu, mak aihhh sumpah seksa. Demam, sakit kepala, sakit badan sampai berapa hari.  Kalini, aku sengaja tak makan panadol sebab nak tengok how badan aku react dengan vaksin ni. 


    Ok la, tak demam. Tapi sakit tangan beberapa hari jugak. Hahaha. Siap pakej sakit dekat bahu. Jadi aku beli lah Neobun Medicated Plaster dekat Farmasi I Sihat. Tak salah aku ada 5 keping medicated plaster ni, harga dalam RM6.50.


    Bila malam je, aku mintak lah Amna tolong lekatkan medicated plaster ni dekat bahu aku. Lega lah sikit. Sekeping medicated plaster ni agak besar lah untuk aku, jadi aku potong 2, jimat lah sikit. Hahahaha. Kena jimat cermat, kan nak beli gelang emas pulut dakap. Eh, takla.


    Aku bukan type of person yang suka / minat beli emas. Aku teringin nak beli smartphone baru, walaupun Iphone X aku ni baru pakai setahun lebih. Tapi tu lah, bateri tak berapa tahan lama. Huhuh…




    Masa ni baru sampai dekat klinik. Sempat selfie walaupun dua-dua orang tengah cuak!

    šŸ˜‚




    Ni haaa rupa Neobun Medicated Plaster tu. Kat situ ada tulis, with ginger and lemongrass oil aroma. Kalau rasa lenguh-lenguh, sakit badan, sakit sendi, cuba lah guna. Tahan lama jugak plaster dia ni. Sedap je pakai. 


     


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers