• News

    20 February, 2022

    Keistimewaan buat penderma darah

    Assalamualaikum 


    Alhamdulillah, terpanggil untuk share keistimewaan yang Kementerian Kesihatan bagi buat para penderma darah, based on kekerapan kita menderma darah.


    Memang niat asalnya membantu menyelamatkan nyawa, tapi bila diberi keistimewaan macam ni, rasa seronok kan. Tunjuk je nanti buku merah kita yang super mahal tu, bukan semua orang ada kan. Hahahaa…


    Based on page Kementerian Kesihatan Malaysia, penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Malaysia atau mana-mana tabung darah di hospital kerajaan, layak mendapat benefit seperti yang aku share kat bawah ni.


    Since aku dah derma darah 7 kali, Alhamdulillah, harapnya pada masa akan datang, dapatla aku guna rawatan percuma kalau dapatkan rawatan dekat hospital kerajaan nanti.


    Tapi harapnya aku sihat-sihat je lah, taknak sakit. Hahahahaha. Ya Allah, berikanlah aku kesihatan yang baik. Supaya aku dapat terus menderma darah dan membantu insan-insan yang memerlukan. Aminn…


    Untuk latest update pasal kempen derma darah di Manjung, Perak, hampa semua boleh follow page Manjung Blood Donation dekat Facebook. Admin page ni super friendly.


    Bulan 3 nanti baru cukup tempoh 3 bulan since last aku derma darah, harapnya masa tu ada la persatuan-persatuan atau menteri-menteri yang sponsor kempen derma darah masa tu, teringin jugak nak dapat hadiah best-best. Hahahaha. 


    Macam harini, katanya ada persatuan dekat Manjung ni yang sponsored, nampak macam menarik jugak hadiah saguhati. Hahahaha. Dok hadap hadiah saguhati pulak, padahal niat nak derma darah tu, dah suci murni. Hhahahaha. Tapi sapa yang takmau hadiah kan.


    Untuk pengetahuan semua, adik aku yang awal-awal hasut aku derma darah, sebab dia dah berbelas kali derma darah. Alhamdulillah, aku pun terhasut untuk derma darah, kemudian adik aku yang sorang lagi di Melaka pun mula derma darah secara konsisten. 


    Kebetulan bulan 12 haritu, kakak aku mai bercuti seminggu kat rumah aku, so kami pujuk la kakak aku pi derma darah. Jadinya sekarang, 4 beradik kami yang perempuan ni semua dah derma darah.


    Mesti mak ayah kami bangga kan, sebab anak-anak perempuan depa pakat derma darah. Semoga segala amal kebajikan yang kami buat ni sampai jugak kepada mak ayah kami, yang dah bela kami baik-baik sampai jadi gemuk macam sekarang ni. Hahahaha..








    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers