• News

    20 February, 2022

    Tahniah buat suamiku, dinaikkan pangkat, from Leading to PO.. Congrats my husband

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.


    Setelah lama menanti, akhirnya suami aku dinaikkan pangkat, daripada pangkat Leading ke PO (Petty Officer). Pasal pangkat-pangkat dalam Navy ni, aku sebenarnya tak la berapa faham sangat, nak tanya suami aku, dia bukan jenis cerita sangat pasal-pasal kerja dia. Jadi, terpaksa lah aku google. Hahahaha..


    Selamat menunaikan tugas dengan jujur dan cemerlang ye wahai suamiku. Pangkat ni bukan alasan untuk kita bermegah-megah, tapi it comes with great and high responsibility. Kerja mana-mana pun konsep dia sama je, lagi tinggi pangkat kita, makin tinggi tanggungjawab kita. Tak kira la hang keja dalam agensi kerajaan ka, swasta ka, kilang ka, kedai hardware ka.


    Lagi berapa tahun nak berkhidmat dalam Navy, harapan aku, suami aku dapat gain banyak ilmu dan pengalaman yang mana ilmu dan pengalaman tu nanti boleh dia guna pakai lepas dah habis service dalam tentera dan kembali menjadi orang awam.


    Tak pasti berapa lama lagi kami akan PJJ, since aku dengan anak-anak dekat Manjung dan suami aku di Kem Sungai Besi, tapi ni lah pengorbanan yang aku kena lalui menjadi isteri seorang tentera. Nak pindah dan ikut suami ke sana, tak mudah jugak. Nak kena pikir hal sekolah anak-anak, nak fikir kos aku nak travel ke tempat kerja. 


    Jadi, lebih baik lah kami kat sini je. Kami pun dah biasa kat sini, walaupun takdak saudara mara dekat bumi Manjung ni. Lagipun tak lama dah pun suami aku nak service, pejam celik, pejam celik habislah kot masa 2 tahun ni.








    Apa-apa pun, tahniah sekali lagi dekat suami aku, PBK Fazlan Bin Amir. Selamat menjalankan tugas dengan jujur dan amanah. Jangan risau pasal kami kat sini, Insyaallah, kami OK je. Janji anak-anak sihat, cukup makan minum. Hehehe..



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers