• News

    19 February, 2022

    Rumah Untuk Di Sewa di Manjung, Perak


    Assalamualaikum 


    Orang yang nak sewa rumah aku, tak jadi nak sewa. Kalau tak, dia nak masuk bulan 3 ni. Hurmm it’s OK, bukan rezeki aku penyewa tak jadi masuk.



    Jadi sekarang ni, aku kena up balik iklan rumah sewa aku. Harap-harap, ada lah yang berminat nanti.



    Aku ada jugak PM balik 2,3 orang yang whatsapp aku haritu tanya pasal rumah sewa, tapi agak mengecewakan, sebab yang sorang tu prefer rumah 3 bilik, sedangkan rumah sewa aku ada 2 bilik je.



    Yang akak sorang lagi katanya dah dapat rumah sewa. Jadi, misi mencari penyewa baru akan diteruskan. Harapnya sebelum berakhirnya bulan Feb 2022 ni, aku akan dapat penyewa.



    Rupa-rupanya, susah jugak ye nak cari penyewa. Hahaahaha…



    Mungkin kebetulan rumah sewa aku ni tak berapa menepati kriteria-kriteria yang depa cari. Mostly alasan depa, rumah aku rumah 2 tingkat, jadi kurang sesuai untuk yang ada anak kecik atau orang tua.



    Kiranya lepas ni, kalau ada je yang berminat dan tanya pasal rumah sewa, tak kira lah geng-geng bujang lelaki, aku proceed je. Sebelum ni, aku agak memilih jugak la, risau budak-budak lelaki tak pandai jaga rumah, lepas tu rumah rosak. 



    Aku taknak la jadi macam tu. Sebab kos nak repair rumah pun bukan sikit, tak pulang modal lagi ni. Hahahahaa…



    Jadi, pada yang berminat nak sewa rumah, boleh lah whatsapp aku ye. Ni details pasal rumah sewa aku.



    Rumah untuk disewa di Fasa 1E


    Sewa RM600

    2 bilik tidur

    1 bilik air

    Rumah takde perabot

    Rumah 2 tingkat

    Dua2 bilik tidur di tingkat atas

    Rumah boleh masuk hujung Feb

    Lokasi rumah ni berdekatan dengan Stadium Manjung, Hospital Seri Manjung, IPD Manjung, Balai Bomba Manjung, IKM Manjung


    Boleh whatsapp saya 0194463601 / Siti





    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers