• News

    15 February, 2022

    Mesin basuhku rosak, nak beli mesin basuh baru

    Aku taktau macam mana nak describe perasaan aku sekarang ni. Balik kerja, nak kena setelkan kain baju pakai mesin basuh manual ni, letih sungguh. Taktau macam mana nak cerita perasaan letih tu macam mana.



    Ceritanya, mesin basuh yang dari zaman bila laki aku beli, dah rosak. Laki aku cerita, mesin basuh ni dia beli masa dia bujang lagi, masa tu dia duduk blok bujang lagi. Kiranya, masa kahwin dengan aku, mesin basuh tu dah wujud.



    Maka, kami pun terus guna mesin basuh ni dari anak sorang, ke anak 2, anak ke 3 dan seterusnya anak ke 4. Dah boleh letak dalam muzium dah pun mesin basuh ni, dah macam barang artifak.



    Dalam pada dok guna mesin basuh ni dari awal kahwin, sampai anak dah 4 ni, banyak kali jugak lah mesin basuh ni rosak, tapi masa tu laki aku ada, so dia hantar repair. 2,3 hari lepas tu boleh guna balik. Ok lah kan.



    Masalahnya sekarang, laki aku kan dah kena tukar ke Kem Sungai Besi, jadi bila mesin basuh ni rosak, kelam kabut lah aku. Merasa jugaklah aku pi cuci baju dekat kedai dobi. Lawaknya moment masa tu, jakun gila aku nak guna mesin basuh kedai dobi tu.



    Tercangak-cangak nak tukar syiling dekat mana, nak ambik sabun dekat mana. Nasib baik la masa tu ada sorang brader ni sampai kat kedai dobi, so dia la yang tunjuk macam mana nak tukar syiling segala bagai. Hahahaha.. Damn! Malu oiii… tapi apa boleh buat, terdesak masa tu. 



    Nak basuh baju sekolah anak-anak punya pasal 😂



    Lepas uncle repair mesin basuh tu tak berjaya repair mesin basuh auto yang berkurun tu, aku mintak lah dia repair mesin manual tu, ok fine, boleh lah guna. Tapi macam tak berapa praktikal lah untuk aku yang dah penat seharian bekerja, nak cuci baju pakai mesin basuh manual.



    Nak kena isi air, buang air, tambah air balik, dan proses ni kena ulang 2, 3 kali. By the way, aku suruh ja anak-anak aku buat, part yang nak spin baju tu baru aku buat. Tapi lecehnya spin mesin basuh manual tu, salah sikit, bunyi gedegung gedegang. Haihhhh… penatnya! 



    Disebabkan dah penat 2, 3 hari ni pakai mesin basuh manual, aku rasa this is the right time lah untuk aku beli mesin basuh auto yang baru. Buat apa simpan duit banyak-banyak, dah sampai pukul 9 malam pun tak setel lagi kerja mendobi, kang bak sidai baju lagi. Uwaaaa… letihnya!



    Duit boleh dicari, ketenangan dalam hidup tu takkan boleh dicari! Ewahhhh… cakap macam banyak duit. Hahahaha…



    Tapi betul lah kan, kenapa simpan duit, tapi tak guna duit tu disaat kita betul-betul memerlukan. Ingat! Duit tidak boleh dibawa mati. Hahaha..



    Maka, weekend ni aku nak pi survey mesin basuh auto yang baru! Bajet bawah RM1,000 lah. Beli yang biasa-biasa sudah. 



    Ok, tu je nak cerita. Bye!


    Eh, tak habis lagi cerita. Hahahaha…





    Ni lah dia mesin basuh tok nadok yang kami dok pakai dari zaman laki aku bujang, sampai dah beranak pinak. Brand LG, untuk muatan 7kg. Alhamdulillah, lama dia bertahan. Terima kasih tolong cuci kain baju kami selama ni.


    Ya Allah, tolong murahkan rezeki laki ku ya Allah. Lembutkan hati dia, belikan aku mesin basuh baru. Yang murah-murah pun takpa, janji jenis auto. Manual takmau, tak larat. Hehehe.. Aminnnn….






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers