• News

    16 February, 2022

    Survey mesin basuh baru


    Balik kerja petang tadi, ambik anak-anak dari rumah pengasuh, rasa macam nak pi survey-survey harga mesin basuh baru. Dah berkobar-kobar dah sebenarnya nak beli mesin basuh baru. Tapi tak terus beli harini. Nak tanya pendapat encik laki dulu.







    Dengan bajet RM1000 ke bawah, so orang kedai tu pun suggest lah beberapa brand mesin basuh. Ada Midea, ada Khind, ada Sharp, dan juga Samsung. 



    Lepas bincang begitu begini dengan encik laki, maka kami rasa nak ambik mesin basuh brand Samsung. Previous mesin basuh kami yang rosak tu brand LG, tapi tadi takde pulak brand LG, so we should try brand lain pulak kali ni.



    Harga RM699 tu elok sangat dah, memang bawah bajet aku. Lagipun kebetulan nak kena servis kereta pulak lepas ni. Haaahhhh dah berapa pulak kena kalau nak servis kereta kali ni. Kalau dulu aku dapat free servis selama 5 tahun dengan Proton, sekarang dah habis warranty, jenuh nak cekau duit nak servis kereta pulak. Hahahaa. Padan muka aku!



    Tapi itu lah, macam yang aku cakap sebelum ni, kenapa nak berjimat sampai tahap kedekut untuk benda yang jadi keperluan kita. Hehehe..



    Tak sabar nak beli dan guna mesin basuh baru. Semoga mesin basuh baru ni tahan lama sampai bertahun-tahun guna. Alah membeli menang memakai. Tak gitu?






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers