• News

    10 March, 2022

    Lirik Lagu Pelukan Angkasa - SOG X Shila Amzah

     

    By the way, congrats to SOG & Shila Amzah kerana lagu Pelukan Angkasa menang tempat pertama Anugerah Juara Lagu ke 36. Aku personally tak pernah dengar lagu Pelukan Angkasa ni dekat mana-mana corong radio yang aku selalu on masa dalam kereta.


    Lagu Pelukan Angkasa ni merupakan lagu OST KL Vampire, komposer Raja Nazrin Shah dan lirik ditulis oleh Fazleena Hishamuddin. Lagu Pelukan Angkasa ni mengalahkan lagu Cinta nyanyian Marsha Milan, sumpah ternganga tengok Marsha nyanyi malam tu. Tak dilupakan lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli di tempat ketiga.


    Jom hayati lirik lagu Pelukan Angkasa


    Pelukan Angkasa

    Lagu ciptaan : Raja Nazrin Shah

    Lirik : Fazleena Hishamuddin

    Nyanyian : SOG & Shila Amzah


    Bulan purnama terangi rinduku yang sayu

    Terbangkan kesumat rasa resah jiwa yang membelenggu

    Langit gelita sematkan bintang di dadamu

    Biar menyala jadi unggun yang membakar kalbu 


    Angin bersiul

    Bersiul hembus

    Menghembus luka

    Dingin menusuk

    Menusuk meratah rongga 


    Pangkulah aku wahai semesta

    Katakan cinta itu membebaskan

    Peluklah aku wahai angkasa

    Hangatkan tubuhku di alam khayalan 


    Terik suria suluh logika rohku yang gelap

    Bebaskan radiasi meluluh lumat batinku yang terseksa 


    Kalian takkan mampu

    Mampu memecahkan bongkah ini

    Rangkul tanganku

    Kita bersatu lawan dunia 


    Pangkulah aku wahai semesta

    Katakan cinta itu membebaskan

    Peluklah aku wahai angkasa

    Hangatkan tubuhku di alam khayalan 


    Dua jiwa dua dunia

    Ingin mengecap damai bahagia

    Tahukah bahawa cinta itu satu dosa 


    Pangkulah aku wahai semesta

    Katakan cinta itu membebaskan

    Pangkulah aku wahai semesta

    Katakan cinta itu

    Katakan cinta itu

    Peluklah aku wahai angkasa

    Hangatkan tubuhku di alam khayalan


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers