• News

    11 April, 2022

    Cerita Ramadhan ke 9

    Assalamualaikum dan salam ramadhan ke 9



    Sedar tak sedar harini dah masuk ramadhan ke 9. Dan aku dengan anak-anak masih struggle dengan post covid kami, batuk ni takmau baik-baik jugak. Dah telan banyak jugak ubat, vitamin, lemon dan madu. Hari ni ada pulak orang suggest suruh beli ubat batuk cap ibu dan anak, maka balik kerja petang tadi, kelam kabut pi cari ubat batuk cap ibu dan anak.



    Adik aku pulak bagitau mak aku suruh dia makan woods peppermint ni, rasa baik sikit batuk dia. Entah la, apa je orang cakap pasal boleh baik batuk ni, gigih jugak la aku ikhtiarkan. Nak baik punya pasal. Tak salah cuba kan, bukan telan benda haram. Tak gitu.







    Nak share sikit next project untuk program PureHeart 9.3 yang akan berlangsung ndi Masjid Nurul Hidayah Manjung pada 23 April 2022 nanti. Kalau ada kawan-kawan yang berminat untuk menaja atau bagi sumbangan untuk 150 penerima manfaat, boleh lah bank in atau transfer terus ke akaun yang tertera kat bawah ni. By the way, kalau tak ada sebarang halangan, mungkin aku akan join program kali ni as a volunteer. Semoga dipermudahkan segala urusan semasa program ni nanti.








    Ok, next nak cerita pasal sup cendawan atau sayur tumis cendawan ni. Cendawan tiram ni aku order dengan orang dekat taman aku jugak, order setengah kilo je RM7. Tak order banyak-banyak takut tak habis, kang membazir. Membazir amalan syaitonnnn! Hahaha.  Nak buat tumis cendawan ni senang je, aku tumbuk 3 ulas bawang putih, separuh bawang besar dan sedikit ikan bilis. Dah hancur bahan-bahan aku tumbuk tadi, tumis sekejap sampai garing, masuk air, masuk fish cake dan carrot yang dah dihiris nipis, masuk cili satu, masuk kiub ayam satu, lepas tu masukkan cendawan tiram yang dah dicarik-carik oleh Amna selaku assistant chef, letak sikit serbuk lada hitam, garam dan tadaaaa… sudah siap!








    Terima kasih adikku, bagi kurma ajwa. Kurma ajwa ni size kecil, tak manis sangat, aku suka. Ada kurma yang manis sangat, bila gigit rasa terus ke saraf gigi. Hahahaha. Kat kotak tulis The Hijrah, cantik packaging dia. Bila tengok alamat sender, stated Galeri Ustazah Asma Harun, terkejut jugak, bila masa pulak aku order ni. Amna siap cakap, kawan mama nama Asma hantar kurma. Hahahaha. Kebetulan memang aku ada kawan nama Asmah, aku ingat ye lah kot Kak Asmah yang courier kurma ajwa ni. 😂








    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers