IMPIAN AKU SEBAGAI PENULIS BLOG

 

IMPIAN AKU SEBAGAI PENULIS BLOG



Anak-anak aku selalu nampak aku update dan edit blog aku, jadi satu hari tu Emran tanya aku, kenapa mama suka tulis blog? Aku rasa jawapan aku tu tak berapa menjawab soalan yang dia tanya, aku jawab sebab mama suka. Hurmm.. Sebenarnya, aku ada sebab lain kenapa sekarang ni aku rajin, gigih dok update blog aku.

 


Lepas blog aku dah link dengan Google Adsense dan aku pun dah beli domain sendiri, rasanya aku sangat tekun dok update blog sebab aku sangat lah berharap yang satu hari nanti, aku dapat earn income dari blog aku ni. Walaupun aku rasa blog aku ni tak la menarik dan tak ada latest currect issue, tak ada cerita-cerita pasal artis, asyik update pasal hal sendiri dan anak-anak, tapi aku memang menaruh harapan yang satu hari nanti aku dapat jadi penulis blog sepenuh masa, yang mana aku dapat resign dari pekerjaan aku sekarang dan boleh fokus kepada anak-anak dan menulis blog sahaja.

 


Aku nak ada freedom dalam bekerja yang mana aku rasa, dalam umur aku sekarang, dengan diagnose with blood pressure, aku nak ada kerja yang relaks, yang tak pushy, yang tak stress. Dengan kerja aku sekarang ni, memang semua ni tak boleh nak elak. Tambah pulak anak-anak aku perlukan aku. Emran, Amna, Aimy dan Aleeya perlukan aku, kesian tengok anak-anak kena berdikari sendiri. Aku nak ada masa untuk anak-anak.

 


Bayangkan dulu, masa sebelum suami aku pindah ke Sungai Besi, aku keluar pagi, balik dekat maghrib. Anak-anak aku, semua laki aku yang uruskan, dari hantar mengaji, masak dinner. Hurmmm.. aku sedih. Aku nak ada moment aku sibuk hantar anak-anak aku ke sekolah, ambik anak-anak dari sekolah. Kesian anak-anak, kena tunggu van sekolah sampai, sedangkan kawan-kawan lain mak ayah datang ambik dekat sekolah. Tercangak-cangak anak-anak dok tunggu van sampai.

 


Doakan lah satu hari nanti, blog aku ni nak dapat jadi blog yang successful dan masa tu aku boleh decide untuk berhenti kerja dan fokus pada anak-anak dan menulis blog. Setakat harini, income aku dekat adsense baru cecah 0.67 sen. Hahahahaa… Lambat betul lah nak tunggu cecah 100, nampak gayanya, kena kerja sampai pencen lah ni. Dah la duit KWSP asyik bawa keluar, takut nanti dah tua, dah KWSP tu dah tak cukup nak sara hidup. Hahahaha.


 

 

 

 

 

 

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post