• News

    16 April, 2022

    Resepi Kerabu Pelam @ Resepi Kerabu Mangga

     Resepi Kerabu Pelam @ Resepi Kerabu Mangga


    Kerabu pelam atau kerabu mangga ni sebenarnya salah satu makanan favourite aku selain laksa. Kalau musim pelam, bahagianya aku sebab mak aku mesti akan buat kerabu pelam ni. Nak buat kerabu pelam ni pun bukan susah sangat, tapi kalau ada lauk ni, sumpah aku mesti makan nasik bertambah 2, 3 kali.




    Kalau dulu kecik-kecik aku duduk dengan tok aku (tok = nenek atau opah sebab orang kedah panggil tok tu opah), tok aku memang selalu buat. Kebetulan tepi rumah memang ada 2 jenis pokok pelam , pelam telur kalau tak salah aku, dan satu lagi yang jenis besar tu, taktau aku nama apa.




    Untuk aku, memang mak aku prepare special punya kerabu pelam sebab aku bukan makan segala jenis bawang tu, so mak aku memang tak letak bawang. Hahaha. Ok, jom aku share resepi kerabu pelam version tersedap di dunia.




    Bahan-bahan yang perlu ada:



    • pelam muda yang masam, lagi masam lagi bagus lah kot. 
    • Belacan sebesar ibu jari
    • Cili padi atau cili besar
    • Garam sikit
    • Air



    First, buang kulit pelam, lepas tu racik halus-halus macam kita buat kerabu tu. Rendam mangga yang dah diracik tu dalam air garam sekejap. Lepas tu bilas dan tos kan air.



    Second part, ambik pelam tadi, masukkan belacan, masukkan cili yang dah dipotong, masukkan air dan garam secukup rasa.



    Final part, gaul bagi semua bahan tu mesra dan serasi bersama. Nak lagi sedap, ramas dengan tangan belacan dan cili-cili semua tu, lepas ramas dengan semua bahan. Haihhh… ni lah rahsia kesedapan benda yang digaul dengan tangan ni, rahsia air tangan kot orang kata. 



    Sambil tulis, sambil telan air liur sebab boleh imagine makan nasik putih dengan kerabu pelam dan ikan goreng. Heaven sungguh oiii. Cuba la, yang dah cuba, let me know ya, sedap ke idak. 






    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers