• News

    22 June, 2022

    Menu Dinner Paling Simple

    Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik.



    Aku ni kan, kadang-kadang mai mood malas nak masak, tapi nak makan menu yang betul-betul ngam dengan tekak, terpaksa lah masak menu yang lain sikit dari apa yang anak suka makan.



    Budak-budak ni, kalau ada sup ayam or apa-apa je lauk ynah berkuah, depa ok dah. Mesti kena berkuah. Kalau laki aku ada, dia rajin masak gulai or kari. Tak kisah lah kari apa, ayam ka, ikan ka, yang penting berkuah. Baru la budak-budak ni selera nak makan.



    Since haritu bising-bising harga ayam naik, aku pun macam biasa lah, pi kedai favourite aku, nak topup ikan masin dan ikan bilis. Dua benda ni wajib kena ada kat rumah, makan nasik panas-panas dengan ikan masin goreng pun boleh lajak 2 pinggan nasi.



    Jadi semalam, berbekalkan ikan bilis, telur sebijik, kicap, bawang besar dan 2 biji cili apa, aku pun goreng lah bahan-bahan ni. Sedapnyaaa… berselera aku makan! Untung laki aku, dapat bini senang bela macam aku. Hahahahaa..



    Bila aku post dekat Facebook dengan caption something like ‘menu rakyat marhein dikala gaji masih jaihhhhh’, ramai pulak yang komen. Hahahaha. Kata depa, ikan bilis sekarang ni mahal, telur pun mahal, ini bukan menu rakyat marhein! Hahahaa… comel depa semua ni. Kalau dulu ye la, ikan bilis murah, telur murah, sardin murah, zaman covid ni semua benda mahal! Huhuhu… 



    Ni haaa menu dinner paling simple, menu rakyat marhein. Mudah je masak, goreng telur, lepas tu goreng ikan bilis, goreng bawang besar dan cili padi, letak kicap, settle! Sedia untuk dimakan!











    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers