• News

    08 June, 2022

    Nak Anak Kerja Kerajaan atau Kerja Swasta?

    Assalamualaikum wahai pembaca blog sitinaminah02.com yang budiman



    Ada kawan dekat tempat kerja aku tanya, aku prefer anak aku kerja kerajaan atau kerja swasta? Dia tanya aku soalan ni, mungkin sebab suami aku kerja kerajaan, dan aku pulak kerja swasta. Jadi, mana satu yang aku prefer untuk anak-anak aku nanti.



    Well..



    Aku sebenarnya tak la berapa kisah sangat anak-anak nak kerja apa satu hari nanti, benda tu biar lah depa sendiri yang decide. Bagi aku, kerja kerajaan ka, kerja swasta ka, tak penting sangat, janji hang rajin kerja. Aku sendiri pun dah pernah cakap benda ni dengan anak-anak aku, walapun depa masih kecik, tak pasti lah aku depa faham ke tak apa aku cuba nak sampaikan.



    Aku cakap, mama tak kisah korang nak kerja apa, janji korang rajin kerja. Mama tak suka korang duduk saja, harap duit dari mama dengan papa. Kalau boleh, lepas SPM, nak kerja cashier pun mama tak kisah, janji korang kerja. Jangan duduk saja, semua harap mama papa provide. Sebabnya, aku dengan adik beradik aku, memang dah terdidik kena cari sendiri kalau nak apa-apa. So, aku nak anak-anak aku pun dididik dengan benda yang sama.



    So berbalik kepada cerita nak kerja apa nanti, honestly aku rasa ada je mak bapak yang nak anak-anak depa kerja kerajaan, sebabnya kerja kerajaan ni kan lebih terjamin, ada pencen semua tu. Tapi entah lah, aku OK je kalau anak-anak aku kerja swasta, sebab aku sendiri pun kerja swasta. Kerja swasta pun OK je, ada je increment tiap-tiap tahun, ada jugak cuti tahunan, dan yang penting ada jugak bonus. Hahahahaa.... Tapi make sure, pilih lah majikan yang OK, yang bagi banyak benefit. 



    Kerja swasta ni ramai yang tak tahan mungkin sebab working environment dia kot, ada yang majikan yang teruk, kadang-kadang majikan OK, rakan sekerja pulak tak OK. Semua tu depends dekat nasib kita lah kan. Aku rasa, bukan semua kerja swasta tu teruk or tak best, ada je yang kerja swasta tapi best dan dapat banyak benefit.



    Aku ada cakap jugak, aku tak kisah anak-anak aku satu hari nanti jadi youtubers ke, jadi tik tokers ka, sebab aku sendiri pun jadi blogger kan. Kerja-kerja macam ni, yang macam jadi content creators semua tu, boleh buat duit jugak. Tengok je lah income youtubers-youtubers kat Malaysia ni, ramai kot yang dapat income yang bagus. Some more, sepupu aku pun ada jugak yang jadi youtubers. Tapi, aku tak follow sangat youtube channel dia, hahahaha. Ramai jugak la subcribers dia, compare to subscribers aku yang 36 tu. Hahahaha.



    Apalah nasib, jadi blogger siap ada domain bagai pun, tetap tak pernah dapat income, jadi youtuber pulak, youtube channel pun sendu nak mati. Hahahahaha. Setakat jadi blogger dan youtuber syok sendiri je lah. Wakakakaa,,,,



    Jadi kesimpulannya, aku memang jenis tak kisah anak-anak aku nak kerja apa nanti, kerja kerajaan boleh, kerja swasta pun boleh. Janji hang rajin kerja, buat kerja yang betul, tak menipu orang. Betul tak? 



    Sapa sini yang prefer anak kerja kerajaan? Dan, sapa pulak yang prefer anak kerja swasta?



    Terpulanglah. Tepuk dada, tanyalah selera. Hehehehe...


    😀


    Inilah muka anak-anak aku yang 4 orang ni, bakal wira-wira negara! Tibeeeee… mama tak kisah hangpa 4 orang nak kerja apa, nak jadi navy macam papa ka, nak kerja kilang macam mama ka, ikut suka hangpa. 



    Nak jadi doktor pun OK, nak jadi polis pun OK, nak jadi cashier 99 speedmart pun OK, nak jadi content creator pun OK, janji hangpa rajin, hangpa jangan tipu orang, buat kerja dengan betoi, tu ja yang mama nak. Cukup bulan, sua-sua la 2,3 ratus kat mama hangpa ni, buat modal mama nak order grab food ka, teringin nak order tealive dari food panda ka. Papa hangpa tak pa la ada duit pencen. Untung lah.




    1 comment:

    Sii Nurul said...

    yang penting ada kerja, tak menganggur kan kak.. paling penting kerja apapun kena telus, jujur, amanah dan rajin...

    Total Pageviews

    My Followers