• News

    07 June, 2022

    Tempoh Idah bagi seorang penderma darah

     Assalamualaikum semua


    Tadi ada kawan share pasal jadual kempen derma darah, jadi aku pun belek-belek lah buku merah aku, Alhamdulillah dah cukup 8 kali derma darah, bayangkan 1 pint beg darah tu boleh selamatkan 3 nyawa, kiranya dah 24 nyawa aku telah selamatkan. 


    Wahh.. bukan biasa-biasa ye kawan-kawan. Dah macam hero cerita tamil tau.. 


    Kebetulan aku baru je derma darah bulan 5 haritu, bila aku belek-belek tarikh dekat buku merah tu, eh rupanya dah sebulan aku derma darah 8/5 haritu. Kiranya baru genap sebulan idah. Untuk next derma darah, normally kita kena tunggu 3 bulan, itu yang aku sebut 3 bulan tempoh idah tu. Hahahaaha..


    Harap-harap kalau laki aku baca post ni, dia tak terkejut pulak, apahal bini aku tiba-tiba cakap pasal idah ni. Terkejut pulak kawan. Hahahaa...


    Dalam tempoh 3 bulan ni, kalau boleh makan lah makanan yang berkhasiat yang boleh bantu badan kita produce banyak darah, ataupun increase kadar hemoglobin dalam badan kita ni. Eh betoi ka ni explanation aku ni? Kang salah, naya pak karim! Hahahaaha...


    Biasanya kalau dekat-dekat tempoh 3 bulan tempoh idah atau 3 bulan tempoh bertenang ni, aku akan avoid la minum nescafe sebab aku rasa, nescafe tu salah satu punca kenapa hemoglobin @ HB aku tak berapa cun. Milo pun aku avoid jugak. Kalau boleh, seminggu or 2 minggu sebelum, memang aku akan avoid la minum nescafe dan milo. 


    So far sekarang ni HB aku dalam range 13 macam tu je, best jugak tengok kawan-kawan lain HB tinggi. Tapi walaupun range 13, still boleh derma 450ml. Pernah 2 kali je aku derma 350ml, masa first time derma darah dan kali ke 3, masa tu HB aku dalam 12.9 je. Alhamdulillah, lepas tu HB dah naik ke 13, dapat la derma 450ml balik. 


    Sekian sahaja cerita pasal tempoh idah bagi penderma darah. Hahaha. Bukannya cerita pasal tempoh idah orang yang lepas bercerai atau orang baru lepas kematian suami. Tapi according to Wikipedia, idah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas penceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Macam gitu lah maksud dia, ada panjang lagi explanation dia, tapi better refer orang yang lebih pakar.


    Nak tayang buku merah yang maha mahal ni, sis takde buku merah yang cop imigresen tu, sis asa buku merah ni je.  Hehehe..














    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers