WANITA YANG TABAH DAN KUAT

Assalamualaikum semua. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Harini aku macam nak share 1 story pasal jiran aku, Kak Reen. Aku harap-harap Kak Reen tak jumpa la post aku ni. Hahahaha... Tapi Insyaallah, tak jumpa rasanya blog aku ni sebab aku still keep blog aku ni in private mode. Yang jumpa, jumpa lah. Yang tak jumpa tu, harap-harap tak jumpa. Hahahaha....




Kak Reen ni jiran aku, selang 2 buah rumah dari rumah aku. Aku tak pernah sembang dengan Kak Reen ni, sampai lah taman aku kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) yang sampai tak boleh keluar rumah tu. Kebetulan, aku kenal dengan 1 charity member ni, depa nak bagi bantuan dekat aku, so aku pun tanya je la, boleh ke aku nak mintak bantuan sekali dekat jiran aku, sebab dia ada anak 4 macam aku jugak, mesti struggle jugak time PKPD ni kan. So aku pun pi ke tepi dinding partition tu, mintak no.fon Kak Reen dan since haritu, kami pun start kenal-kenal.




Yang selalu aku nampak, suami Kak Reen. Selalu jugak la senyum-senyum kambing bila terserempak. Tapi tu lah, memang tak pernah langsung kenal Kak Reen ni, mungkin sebab kami sama-sama kerja, balik kerja, terus masuk dalam rumah. Jadi, aku memang tak kenal Kak Reen ni, kalau terjumpa dekat luar pun, confirmed aku tak tau yang dia jiran aku.




Nak dijadikan cerita, suami Kak Reen jatuh sakit, dan lumpuh. Sebelum ni aku selalu jugak nampak suami Kak Reen ni, nampak sihat je, maybe tua 5,6 tahun lah kot dari aku. Bila dengar suami Kak Reen lumpuh, terkejut lah aku, sebab nampak dia macam sihat je. Jadi sejak suami Kak Reen tak sihat ni, banyak benda lah yang Kak Reen kena pikul sorang-sorang, aku rasa bukan banyak benda dah, maybe mostly semua benda Kak Reen kena pikul sorang-sorang. Yelah, suami sakit kan, bukan sakit biasa-biasa, sakit lumpuh, memang tak boleh bangun. Terbaring je dekat katil. 




Aku mula-mula ingatkan sakit biasa je, mungkin boleh berjalan sikit-sikit, tapi aku rasa, memang condition suami Kak Reen tu, mungkin lumpuh yang macam arwah ayah aku dulu kot, memang tak boleh bangun, kena pakai pampers. Aku rasa lah. Aku nak tanya lebih-lebih, aku risau jugak. So aku buat andaian je lah,




Haritu aku ada dengar yang Kak Reen bawak suami dia berubat di Kuala Kangsar, aku rasa, bawak suami dia berurut kat sana kot. Macam ayah aku dulu, banyak kali jugak kami panggil orang datang berurut, nasib baik duduk kampung, jadi tak la kena angkat ayah masuk dalam kereta, tukang urut tu yang datang sendiri ke rumah. Bukan senang nak angkat masuk / keluarkan orang lumpuh dari kereta, ayah aku dulu siap menjerit masa kita nak bagi dia duduk. Kami pun risau, plus takut.




Kebetulan pagi tadi aku terpaksa hantar anak-anak ke sekolah, driver van anak-anak aku cuti sehari, sebab nak balik kampung, uruskan hal tanah pusaka. Jadi, tugas hantar dan ambik anak-anak harini, atas aku lah. Jadinya, masa nak keluar rumah tadi, ternampak kereta Kak Reen still ada, tengah siap-siap nak hantar anak-anak sekolah jugak kot, jadi aku offer untuk hantar anak Kak Reen yang salah sorang tu, sama sekolah dengan anak-anak aku. Jadi aku korek-korek la cerita dari anak Kak Reen, mula-mula ibu dia akan hantar adik dia dulu dekat sekolah kebangsaan, lepas tu hantar yang satu sekolah dengan anak-anak aku, lepas tu hantar pulak yang sulung ke sekolah menengah.




Pagi-pagi pun dah rasa mengah kan, sebab banyak trip pulak nak hantar anak-anak. Aku yang sorang-sorang handle 4 anak ni pun dah rasa letih, sedangkan Kak Reen kena handle suami yang sakit lagi, plus kena hantar anak-anak ke sekolah pulak. 




Aku rasa, kisah Kak Reen ni betul-betul buat aku fikir yang aku ni patut dan kena rasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat aku, bersyukur yang suami aku masih sihat, walaupun kami duduk asing-asing, dia di KL, aku di Manjung. Sedangkan Kak Reen sorang-sorang nak handle suami lagi, handle anak-anak lagi. Hurmmm... kuat betul! Aku memang salute dengan Kak Reen.




Semoga Allah permudahkan segala urusan Kak Reen dan keluarga, harap-harap suami Kak Reen cepat sihat, boleh uruskan diri sendiri pun dah OK, semoga Kak Reen kuat, dan kuat sebab nak uruskan suami dan anak-anak, dengan komitmen kerja lagi.




Hurmmm.. setakat itu je lah cerita aku pasal Kak Reen. Semoga kita semua dalam lindungan Allah selalu. 


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post