Tak Dan Nak Panas Punggung

 Alhamdulillah, dah gaji!


Tapi takdan gaji nak duduk lama sikit dalam account


Dah kena transfer bayar itu ini.. Hahahaha


Antaranya,


Bayar duit kereta proton ertiga aku, nasib baik pakai kereta proton ertiga je, itu pun ada hati pi usya proton X70. Aduhhh... Aku tak boleh lah tengok X70 ni, berkenan sungguh. Hahhaha...



Bayar duit rumah, start bulan ni kena bayar lebih like 30 ringgit kot, sebab haritu ada dapat SMS dari BSN bagitau kadar apa benda tah sudah naik. Dalam bahasa banking kalau tak salah aku base lending rate (BLR).



Bayar duit pengasuh, since Aleeya transit dekat rumah pengasuh, dan pengasuh yang sama jugak ajar anak-anak aku yang lain mengaji quran.



Bulan ni ada additional expenses, nak kena renew roadtax insurance pulak. Bulan depan dah nak expired.



Selebihnya aku dah settle kan duit unifi, duit astro, duit topup henfon aku, duit Netflix yang auto deduct dari account aku, duit SSPN anak-anak pun auto deduct jugak, apa lagi eh benda yang auto deduct ni, lupa dah.... Aaaaa..... dan hibah, benda ni pun auto deduct jugak.



Nampak gayanya, kena cari part time ni. Jual kacang rebus ka, jual air tin / air kotak dekat Teluk Batik ka.. Hahahaha... By the way, aku baru register nak jadi agen jual kek Mamasab. Hahahaha... 



Jangan hangat-hangat taik ayam sudah. 🤣🤣🤣🤣🤣🤣



Tapi lumrah lah kan semua benda ni, dapat gaji, bayar itu ini, spend untuk rumah, ini belum anak-anak tak sihat lagi, nak kena beli ubat, haritu aku beli ubat batuk dekat anak-anak pun sekali dah 50 ringgit. Kadang-kadang beli jajan untuk anak-anak, sekejap beli gam, sekejap beli pensel, ehhhh memang ada je lah benda yang nak kena beli.



Apa-apa pun, jangan lupa bagi duit dekat mak ayah kita. Walaupun sikit, wajib kena bagi, sebab dekat situ la berkatnya gaji kita. Ingat ye kawan-kawan, bagi la duit kat mak ayah kita, sikit pun takpa aih...



Nak cakap apa lagi tah, dah lupa selepas menghirup nescafe panas yang sedap dan berlemak. Hahahaha... Adik aku ada bagi kopi 4 in 1 brand Eskayvie tu, honest cakap aku takleh minum kopi tu. Hahahaha... Tapi ni rahsia, aku tak cakap pun dekat adik aku yang aku tak leh minum kopi tu. Wakakaka...



Ok, dah la ye.. Rajin-rajin lah singgah ke blog aku. Aku nak cashout adsense ni. Sedih dan hiba hatiku, account adsense aku baru je 1.85 sen macam tu. Rasanya sampai ke sudah aku tak boleh nak cash out adsense aku ni. Hahhahaha....



Ehh.. lupa nak share gambar masa jadi volunteer program Pure Heart MVM yang ke berapa entah. Lupa, memang lupa. So lepas ni dah takdak porgram Pure Heart dah, jadi dah tak dapat jadi volunteer dah.



Ok, dah la tu. Tadi asalnya nak cerita pasal duit gaji yang tak sempat 'panas' dalam account, ini dah melalut cakap pasal benda lain. Hahhaha... ok, bye.























Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post