• News

    14 June, 2022

    WHAT IS THE BEST DASHCAM IN MALAYSIA?

     Assalamualaikum wahai semua pembaca blog sitinaminah02.com yang hebat-hebat semuanya. Semoga sentiasa didalam keadaan sihat hendaknya.

     

    Macam tajuk kat atas ni, what is the best dashcam in Malaysia? Bukan main lagi ye, tajuk dalam English. Cuba kalau post entry full in English, grammar entah ke mana. Laut China Selatan ka, Lautan Hindi ka, taktau lah.

     

    Yes, aku sebenarnya tengah survey dashcam apa yang paling best dekat Malaysia ni, yang selalu orang pasang dekat kereta depa. Aku dah lama survey dashcam ni, tapi itulah, sampai sekarang tak beli-beli lagi. Masa nak sangat beli haritu, tergedik-gedik serupa nak berak dah tak tahan sangat dah. Hahahaha.

     

    Aku ada la tengok beberapa brand dashcam yang terjual dekat shopee tu, hurmm tapi aku still tak boleh decide. Takut bila dah beli si A, rasa ehhh ruginya beli dashcam ni, kenapa tak beli yang si B. Hurmmm.. itu yang sampai sekarang tak beli-beli. Ada beberapa ciri dekat dashcam yang aku nak beli tu, so antara ciri-ciri dia ialah:

     

    1) Gambar kena terang (berkualiti) - Yes, ni aku rasa benda yang paling penting kot. Nak record video / gambar depan dan belakang, kot-kot mana tau boleh jadi bukti kalau orang terlanggar kita ke apa kan


    2) Kalau boleh, ada sound sekali – ciri ni entah la penting ke tidak, tapi kalau ada, Ok jugak


    3) Harga yang murah tapi berbaloi – ni paling penting. Nak yang bagus-bagus, tapi harga kena murah. Ada jual ke dashcam macam ni? Hahahaha.. banyak cekadak sungguh dia ni. 

     

    Kenapa aku nak pakai dashcam ni?

     

    Ada banyak kali jugak lah kan, cermin kereta aku ni terkena batu bila follow belakang lori. Pernah sekali tu, memang retak terus cermin kereta aku. Masa tu tukar cermin depan tu kalau tak salah aku dekat RM 1,500, nasib baik insurans ada cover. Teriak tak berlagu kalau nak keluar duit sedebuk nak tukar cermin kereta.

     

    Ada jugak kes, kereta-kereta yang driver dia biadap, masuk / keluar lane tak bagi signal, main keluar / masuk suka-suka hati dia je. Nak ada dashcam ni bukan sebab nak viralkan driver-driver ni, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Tak gitu?


    Jadi, kalau hampa tau apa dashcam yang menepati syarat-syarat dan ciri-ciri yang aku sebutkan seperti diatas, tolong la share. Budget aku tak banyak ni, dalam RM 200 ke bawah gitu je. Mahal-mahal sangat, memang tak berapa nak mampu sangat ni. Almaklumlah, zaman sekarang ni banyak nak pakai duit. 



     

     

     

     

     

     

     

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers