• News

    02 July, 2022

    Mee Kari Lagenda di Sitiawan, Perak

     Assalamualaikum semua.



    Haritu masa lepas laki aku join event Manjung Ride & Run 2022 dekat Stadium Manjung tu, laki aku pun ajak la pi cari breakfast. Selalu kami akan pi kedai makan area Pasir Panjang Laut tu, tapi entah kalini laki aku ajak ke Sitiawan. 



    Nak cari bihun kicap katanya. Eh, area Manjung Sitiawan ni tak pernah pulak dengar ada kedai jual bihun kicap. Ok, moh la kita terjah!



    Lokasi Mee Kari Lagenda ni terletak dekat Taman Terus Maju Sitiawan, aku pun rasanya first time jugak dengar nama taman ni sepanjang aku bermastautin di bumi Manjung ni.



    Dah sampai kat kedai Mee Kari Lagenda ni, kami terus order tosai, kuetiaw sup, mee kari dan bihun kicap. Kalau boleh, semua kami nak order, tapi urmmm risau pulak nak bayaq satgi, duit tak cukup. Hahahaha. Naya aku kedai basuh pinggan dekat kedai tu satgi 😂😂





    Suruh Emran posing sambil tunjuk dekat logo dalam kedai. 






    Tosai kami order 2, satu untuk aku, satu untuk Emran. Tosai ni kuah dia kurang sikit lah bagi aku, tak sama macam tosai yang aku selalu makan dekat kantin kilang (tukang masak dekat kantin kilang tu mamak tak salah aku)





    Anak-anak dara aku kalut dok ajak bergambaq. Excited tengok banner dalam kedai ni besar gila. Kami tanpa malu-malu, terus pi bergambaq, siap adjust-adjust kerusi depan tu. Maaf kan kami ye tuan kedai, perangai orang kampung kami ni takleh nak buang. 😂😂😂






    Kuetiaw sup ni aku order untuk Aleeya, ni kalau kita makan, kena ada cabai kicap tu, confirm terangkat aih. Dengan panas, dengan pedas. Ishhh..






    Mee kari yang licin kami balun. Sedap la, rasa mee kari. Hahahaha…






    Laki aku terus order bihun kicap ni, sebab rindu bihun kicap dekat Ipoh kot. Kami kalau balik Ipoh, wajib makan bihun kicap. 






    Muka aku yang maha bulat buat tatapan semua. Taktau bila tahun nak kurus, lantak lah gemuk pun. 






    Amna bersama semangkuk mee kari di kedai Mee Kari Lagenda. 



    Gambar terakhir, Aimy dan Aleeya bersama keropok lekor masing-masing. Kedai ni tak jual keropok lekor ye, budak-budak ni beli masa dekat event dekat Stadium Manjung tu.






    Jadi, pada yang belum pernah sampai ke kedai Mee Karo Lagenda ni, sila lah datang. Harga makanan pun tak mahal sangat, setakat kami makan 6 beranak kami, baru 20 ringgit lebih. 







    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers