• News

    01 August, 2022

    Nasihat Untuk Yang First Time Pregnant

    Aku terjumpa satu thread dekat Twitter pasal ‘Nasihat Untuk Orang Yang First Time Pregnant’, aku mohon copy disini as a reference / panduan kepada bakal ibu-ibu yang mungkin tercari-cari panduan untuk dibaca.



    Nasihat ni bukan lah nasihat pakar perubatan, cumanya nasihat dari pengalaman masing-masing yang pernah pregnant sebelum ni. Walaupun aku dah 4 kali beranak, Alhamdulillah tapi aku tetap rasa nasihat-nasihat yang depa share dalam thread tu sangat baik untuk orang yang first time pregnant.



    Ok, jom lah aku list kan serba sikit nasihat-nasihat tu. Ingat ye, nasihat-nasihat ni semua bukannya datang dari doktor atau pakar perubatan, risau pulak aku nanti orang kata post aku ni share benda yang bukan-bukan.



    Nasihat untuk orang yang first time pregnant;


    - jangan skip makan supplements yang diberikan


    - jangan skip check up


    - check up dekat KK (Klinik Kesihatan) semua free dan detail (cuma kena ikut turn dan tunggu lama sikit)


    - jangan lupa buat detail scan time 18-20 weeks kalau ada extra duit


    - selalu bawa buku pink ke mana saja. Jangan angkat benda berat-berat, early pregnancy kena banyak rest


    - jaga emosi, elak stress berterusan. Jangan lupa kira pergerakan baby, belajar serba sedikit pasal breastfeeding untuk preparation. Jangan beli banyak-banyak baju newborn sebab kejap je dia dah tukar saiz nanti. 


    - sapu perut dengan minyak zaitun untuk elakkan stretch marks


    - first time berpantang, lebih baik berpantang dengan family atau ambik confinement lady. Anak seterusnya boleh try pantang sendiri


    - listen to your body time sakit atau tak selesa. Lain orang, lain pregnancy, you can listen but cannot expect the same. Thus, listen to your body. And please, involvekan suami dalam banyak-banyak perkara time pregnant. Ask for help if you need.


    - jangan tipu doctor atau nurse, kalau ada keputihan ke apa, kena informed! Sebab semua tu effect kepada baby nanti


    - kena sedia mental lepas bersalin jadi mak, takde dah nak boleh rehat goyang-goyang kaki, belajar awal pasal ilmu breastfeeding, takde lah terkial-kial nanti. Perancang keluarga kena bincang betul-betul dengan suami nak apa sebab doctor akan tanya lepas awak bersalin


    - folic acid sangat penting


    - please stay happy! Not you je, tapi your partner kena main peranan jugak. Jangan overspend beli barang-barang yang tidak perlu, kena ikut kemampuan. Kena rajin berjalan, bukan jalan-jalan yang pegi travel tu. Hahaha..


    - monitor pergerakan baby betul-betul, ini penting ye, ada kes baby meninggal dalam perut


    - doa selalu, jangan skip doa. Ibu dan ayah kena rajin bersembang dengan baby dari dalam kandungan lagi


    Dan, aku nak tambah sikit based on pengalaman aku. 


    - anak-anak aku semua lahir over due (lebih dari date yang doctor bagi), so tak semua orang akan bersalin awal atau sama dengan date yang doctor bagi tu


    - setiap pregnancy / proses bersalin tu tak sama. Contoh masa Emran, aku kena darah tinggi, masa Amna aku kena kencing manis, masa Aimy dan Aleeya Alhamdulillah takdak darah tinggi dan kencing manis


    - tak perlu susah payah nak bersalin di hospital swasta, hospital kerajaan pun doctor dan nurse sangat bagus, tapi kalau ada duit lebih, dipersilakan


    - makan / minum serta rehat yang cukup masa dalam pantang. 


    Apa lagi ye nak tulis?


    Rasanya cukup lah kot setakat ni dulu. Harapan aku, nasihat-nasihat yang aku tolong list kan dekat sini, membantu adik-adik semua yang first time pregant. Selamat menjalani fasa mengandung yang seronok, semoga selamat bersalin dan berpantang dalam suasana yang happy. 


    Jangan stress-stress ya. Insyaallah, semoga dipermudahkan semuanya. Aminnn..


    Ni lah gambar 4 budak yang buat tidur aku tak cukup, hahaha.. Terima kasih anak-anak mama, semoga hangpa semua membesar dengan sihat, berjaya didunia dan akhirat.




    2 comments:

    uncle gedek said...

    Uncle tak pernah pregnant lagi...

    eh? hahahaha

    Siti Noor Aminah said...

    Dear Uncle - kalau Uncle pregnant, risau pulak saya.

    Total Pageviews

    My Followers