• News

    10 August, 2022

    Oh Kesum - Your Next Go to Place to chill in Setapak Village

    Masa aku scroll timeline Twitter aku, ternampak lah ramai orang retweeted satu post dari seorang mamat ni, dia tengah promote cafe dia kot or maybe tempat kerja dia, wallahualam aku taktau, nama cafe tu, Oh Kesum. Aku pun saja-saja lah belek gambar-gambar cafe ni, termasuk lah menu-menu yang ada dekat cafe Oh Kesum ni, wahhhh menarik lah!


    Nama kesum tu pun dah rare sangat dah, maybe sempena nama daun kesum lah kot, yang selalu orang masuk dalam kuah laksa dan asam pedas. Hahaha...


    Katanya, cafe Oh Kesum ni tutup hari Isnin je, weekdays buka sampai 11 malam, jumaat dan hari minggu buka sampai 1 pagi. Jadi, mana-mana yang suka lepak dengan family dan kawan-kawan tu, boleh lah mai dekat cafe Oh Kesum ni. Boleh lepak lama-lama, sembang -sembang sambil makan, padu terok ni.


    Antara menu yang ada dekat Oh Kesum ni laksa nyonya, soto ayam, lontong lodeh dan banyak lagi makanan lain. Aku teringin sangat nak try laksa nyonya tu, sebab aku memang sejenis peminat laksa, tapi tak sure lah aku macam mana rupa dan rasa laksa nyonya ni. Kot-kot buat free review ni, dapat lah kot semangkuk laksa nyonya free. Hahaha.. please pm tepi aku kalau nak belanja aku laksa nyonya. 


    Oh Kesum ni terletak dekat Setapak Village bak kata owner twitter ni, so hangpa yang dekat-dekat area situ, boleh lah pi serbu Oh Kesum.





    Sambil makan, sambil ber OOTD. Confirm lawa terok gambar OOTD hangpa.





    Cantiknya view. Ni kalau dating dengan suasana romantik macam ni, best ni. Hahahaha...





    Dekat Manjung takdak ka tempat-tempat macam ni? 



    Ni haaa post yang aku jumpa dekat twitter tu. Untuk makluman, aku tolong share pasal Oh Kesum tanpa pengetahuan pihak Oh Kesum. Kalau nak tanya lebih-lebih pasal cafe ni, hangpa google je lah. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers