Blog owner missing in action

Dah lama tak update blog. Huhu. Padahal masa nak start aktif tulis blog balik, beria janji dengan diri sendiri nak update hari-hari, tapi apa boleh buat, melayu mudah lupa! Hahahaha… eh, bukan salah melayu, tapi salah diri sendiri. Taktau lah busy buat apa, sampai takdak masa nak update blog.



By the way saja nak share, aku dah tak langgan Netflix. Sebab apa aku stop langgan Netflix? Sebab takdak masa nak tengok Netflix pun. Taktau lah aku buat apa sampai takdak masa nak layan Netflix. Ok, apa-apa pun jimat lah duit aku dok renew Netflix tiap-tiap bulan RM17. Hahahahaha.


Nak share lah aktiviti aku sepanjang aku ‘missing in action’ sejak beberapa hari ni. 





Sekarang ni, aku memang bawa bekal buah ke office. Harini aku bawa apple hijau dan apple merah, masam betul ye apple hijau ni. Hahaha. Aku kurang minat apple hijau ni, tapi since apple hijau ni bagus untuk kesihatan, kita makan lah ye. Kalau dulu suami aku je yang makan apple hijau ni, tapi sekarang aku pun tumpang makan sekali. Susah betul nak habiskan apple hijau ni weh. Masam ya amat. 






Buah oren pun ada, tapi ni jenis yang manis punya. Haritu beli dekat kedai aunty buah tu, sebijik tak salah aku harga RM2.30 macam tu lah. Buah oren ni manis, so takdak masalah untuk habiskan. Air jus dia pun banyak, meleleh ke dagu tiap kali menggigit, ke aku yang tak pandai makan, makan macam budak-budak. Hahahaha…






Yeahh… nenas ni dah masak, by the way nenas ni suami aku tanam dalam pasu je. Mula-mula aku gelak bila tengok suami aku tanam nenas dalam pasu, yelah kan, mana aku pernah nampak orang tanam nenas dalam pasu. Rupa-rupanya aku salah, ehhh berbuah elok je pokok nenas tu. Belum potong lagi nenas ni, harap-harap manis. Sebenarnya takut jugak nak makan nenas, takut nanti gatal lidah. Semalam masa petik dari pokok, banyak betul semut. Habis tangan aku kena gigit semut. ‘Abang bomba, tolong sayaaa..’ tibeee… hahahaha..





Dah lama betul tak makan kacang kuda rebus ni, teringat zaman sekolah dulu makan kacang kuda sambal. Sedapnya. Tapi ni buat versi rebus je lah, sebab aku malas nak masak sambal. Since dah plan pagi ni nak makan kacang kuda rebus ni, so aku pun rendam lah siap-siap kacang ni dari malam, so tak la lama sangat nak rebus nanti. Terima kasih officemate tolong belikan kacang kuda ni. Menggamit memori betul makan kacang rebus ni.





Alkisahnya semalam dekat office, lapar pulak. So ajak kawan pergi ke kantin, aku macam biasa lah, terus tuju ke tempat tosai. Beli 1 tak cukup, mesti beli 2. Sumpah sedap tosai ni, kuah dia tu memang sedap. Sekeping tosai harga RM1.20, dah lah murah, sedap, kenyang pulak tu.



Ok, setakat ni je lah cerita dari aku yang sekarang ni tengah struggle dengan masalah blood pressure (BP) tinggi ni. Hurmmm ni lah sebab utamanya kenapa aku macam missing in action sejak dua menjak ni. Doakan aku sihat-sihat selalu, tak perlu makan ubat darah tinggi. Tapi macam tak boleh nak mengelak, sebab ayah aku dulu memang ada masalah darah tinggi, dan aku pun masa pregnant anak sulung pernah ada masalah darah tinggi. Cumanya sekarang, apa aku buat, aku terus stop minum nescafe, walaupun aku craving gila-gila nak minum nescafe.



Aku banyakkan makan buah, itulah sebabnya ada buah oren, buah apple tu. Doktor cakap kicap pun cuba kurangkan, daging pun. So ni je lah effort aku untuk elakkan dari kena makan ubat darah tinggi, tapi kalau dah terpaksa makan tu, aku redha je lah. 



 

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post