• News

    06 March, 2023

    Ku Sangka Kan Sinki Yang Tersumbat, Rupanya…

    Aku tak ingat sejak bila lantai dapur rumah aku penuh dengan air. Mula-mula ingatkan anak-anak tumpahkan air dekat alas kaki kat dapur, sebab asalnya air tu sikit je. Basah-basah manja je dekat alas kaki rumah aku tu. Dah la alas kaki tu aku baru je beli bulan lepas. Hahaha. 



    Bila lap, eh ada lagi.  



    Hairan nya aku, aku syak mesti air dari sinki dapur rumah aku, sebab sinki dapur rumah aku ni memang pernah ada issue sebelum ni. Jadi aku mengadu lah dengan laki aku, konon-konon bebal gila sebab sinki dapur asyik bocor. So, laki aku pun betul kan lah.



    Jadi aku ingat, masalah kalini pun berpunca dari sinki dapur jugak lah. Hampir-hampir lah nak suruh laki aku call plumber suruh mai repair, sebab aku dah naik fed  up duduk mop lantai tak habis-habis, sampai tak cukup mop aku guna, kain batik aku pun aku guna sekali. 



    Bayangkan, air tu tak henti-henti dok penuh dekat lantai dapur rumah, macam never ending punya kerja, mop pun sudah, letak kain pun sudah, tetap tak kering-kering. 



    Tapi bila aku belek-belek kitchen cabinet dekat bawah sinki tu kering je, aku dah mula syak, problem ni bukan dari sinki dapur.



    Siasat punya siasat, rupanya air yang asyik basahkan lantai dapur aku tu rupanya dari mesin air. Ooo.. kalau macam tu, kena lah call kedai tempat suami aku beli mesin air ni, nasib baik kedai tu dekat je dengan rumah aku. 



    By the way, mesin air aku bukan mesin air coway or cuckoo. Mesin air ni laki aku beli cash tak pasti lah berapa ribu, sebab dia takmau bayar bulan-bulan, rugi katanya. Lantaklah, janji aku nak minum air bersih senang, nak buat susu anak pun senang, sebab mesin tu ada provide air panas sekali. Alaa.. standard mesin air biasa tu lah.



    Jadi petang tadi, brader dari kedai mesin air tu pun mai lah repair. Alhamdulillah, kena RM40 je. Aku risau dia charge aku RM400 je, terpaksa lah aku claim balik duit tu dengan laki aku. Almaklum lah, kita ni kerja kilang je, laki aku kerja gomen, kan PM ke 10 baru je announce bonus dekat pekerja gomen. Tibee… Hahahaha…



    Sebenarnya kan, wayar dekat mesin air tu bocor, sebab kena gigit dengan tikus! 



    So brader tu ganti lah wayar yang baru, sambil cakap pasal tikus dekat rumah dia pun banyak. Hampeh punya Cik Ti Kus, hang punya kerja! 



    So, selesai lah masalah air yang dah basahkan lantai dapur rumah aku sejak berapa hari ni. Lega rasanya, dapat lah masak dengan tenang dan selesa. Tapi tu lah, teringat pulak mangsa-mangsa banjir yang rumah naik air sampai ke bumbung, yang aku ni setakat basah lantai je dah banyak songeh. 



    Huhu.. tak reti bersyukur kan.



    Apa-apa pun, lega sangat bila lantai dah kering. Boleh lah sis beraksi di dapur macam biasa. Hahahaha..



    Ok, nanti kan menu-menu Aminah dari sis ye. Menu Aminah pun boleh ye, tak main lah menu Rahmah. Hahaha.. 


    Ku sangka kan sinki yang bocor



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers