Mood Rindu Kampung Lagi

Ok, first entry di bulan Mac 2023. 


Lemau lagi sebenarnya sebab baru je mula kerja hari selasa lepas, almaklumlah bercuti kat kampung dari hari jumaat sampai isnin, aku dah macam pi travel oversea, padahal balik kampung aku dekat Kedah je. Hahaha. Dia punya feeling balik kampung tu susah nak explain, orang yang ada family dekat kampung je faham perasaan dia tu macam mana. 


Kalau boleh, nak duduk lama-lama dekat kampung. Tapi apakan daya, tuntutan hidup untuk terus bekerja sebab banyak hutang nak kena disetelkan. Hahaha. Alhamdulillah, percutian kami anak beranak dekat kampung memang terbaik, ibarat bercuti dekat five star hotel! Hahaha..


Mau tak nya, aktiviti kami tertumpu kepada makan, tidur, tengok TV, makan, tidur, tengok TV. Dari laksa kesukaan aku, nasi lemak, sambal belacan kakak aku, adoiii memang malas nak cerita banyak, sebab semuanya terbaik. 



Pagi isnin sebelum kami balik, Mak dengan Kak La masakkan nasik lemak. Sumpah sedap, sambal tu bukan main merah, tapi tak pedas. Kakak aku memang pandai masak, adiknya which is aku je yang tak berapa pandai masak. Ada jugak ikan pekasam goreng dan ubi kemili rebus.


Kalini, aku drive sampai ke Changlun, kebetulan sepupu aku buat kenduri sambut menantu sulung. So, sumbat la anak aku yang 4 orang tu, mak aku, kakak aku dan 2 orang anak dia dalam Ertiga aku. Kereta murah tapi boleh sumbat ramai-ramai. Berbaloi gila! Hahaha.. 




Kenduri dekat Kedah ni kalau takdak gulai daging batang pisang memang tak sah. Siap dengan ayam masak kicap, masak lemak nenas dan ikan masin kalau tak salah aku. Side dish pun terbaik, ada apam balik, taufu fa, aiskrim, apa lagi eh. Lupa dah aku. Memang meriah kenduri rumah Abg Zun dengan Kak Yati, tahniah dapat menantu sulung.


By the way, Abang Zun ni sepupu aku belah ayah, walaupun kami lain-lain Tok, tapi depa baik dengan family aku. Tambah-tambah masa kenduri adik beradik aku, memang Abang Zun, Kak Yati yang memang pulun habis-habisan. Jasa depa dekat keluarga aku memang takkan aku lupa sampai bila-bila. Insyaallah.


Balik kampung haritu, dapat jugak makan jambu merah ni. Lama betoi tak makan, sebab tiap kali balik kampung, memang tak berbuah lagi. Alhamdulillah, balik kalini dapat lah makan. Meriah betoi buah. Apa lagi, ambik kicap, cicah kicap, Oh My God, sedapnya. 



Rendam dulu jambu merah ni, banyak kerengga. Habis kami kena gigit kerengga. 


Mak pun Alhamdulillah sihat, happy tengok mak sihat, sambil layan cucu, sambil makan-makan, dapat sembang-sembang. Rindu mak. Harap dapat balik kampung lebih kerap, jumpa mak lepas ni. 


Ada hikmah jugak aku PJJ dengan suami, sebab aku dapat spend time dengan keluarga aku, sebab sebelum ni, aku agak jarang-jarang balik kampung. Nak kena tunggu suami aku tak duty, nak kena sign pegawai bagai kalau nak balik kampung, leceh gila. 



Angkut mak dan anak-anak pi pasar malam. Mak cakap dah lama tak pi pasar malam. 


Ok lah, tu je lah kot nak cerita.


Next time aku story lagi. 


Terima kasih kalau ada yang sudi singgah dan baca story aku ❤️



Singgah beli pisang, on the way nak ke Plaza Tol Gurun. Meriah betul pisang dekat kedai ni, teruja tengok. Almaklum la, sis is pecinta buah. 😂





Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post