• News

    23 May, 2023

    Monday Blues

    Monday Blues!


    Like always!


    Siapa je yang suka hari Isnin kan, semua orang pun tak suka. Apatah lagi aku, yang malas nak kerja, tapi masalahnya bukan dilahirkan kaya, jadi harus terpaksa bekerja. Hahahaha. Imagine that one day, hang buka account bank hang, sekali tengok duit ada berjuta-juta billion, terus hang on the spot bagi surat resign sebab hang memang tak rajin dan memang taknak kerja lagi.



    Sumpah aku ada perasaan nak resign walaupun dekat mulut asyik cakap nak stay dekat company ni sampai pencen. Tapi kalau ada peluang yang lebih baik daripada sekarang, why not kan? 



    Aaaaa sumpah aku nak resign, nak jadi business woman lah, tak kisah lah meniaga tepi jalan pun. Jual air kelapa ka, jual ayam seringgit ka, ishhh best jugak ni. 



    Dah la, malas nak cakap pasal kerja, pasal resign semua ni. Sebab orang cakap, orang yang selalu cakap nak resign ni lah orang yang akan stay lama dekat situ. Hahahaha… 



    Nak share gambar-gambar dalam gallery telefon aku, nak letak dekat Facebook, kadang-kadang dekat Facebook ni ramai stalker (bajet-bajet ada orang nak stalk hang 😂). 


    Minyak YunYee Cap Limau


    Lepas melantak sambal petai, ayam masak merah, ikan cencaru bakar, dan macam-macam jenis air bikarbonat, last-last perut aku start meragam, dah macam gorgon tengah bergaduh dengan ultraman dalam perut. Berangin gila perut aku. Balik kerja singgah farmasi beli ubat, adehhh kena 30 ringgit lebih. Nayaaaa…



    Makan-makan di office



    Ni haaa menu makan-makan kami dekat office, ada sambal petai udang, ayam masak merah, tempe goreng, jelatah, ikan bakar dan air asam. 



    Kami teman mama beli roti goreng dekat Marry Brown



    Ehhh tiba-tiba ada gambar anak-anak dara ku, gambar masa kami singgah Marry Brown Chepor sebab nak try rasa mantou aka roti goreng. Well, biasa-biasa je la rasa roti goreng tu. Hahaha…



    Siakap masak tempoyak


    Eh, tiba-tiba pulak masuk gambar siakap masak tempoyak mak mertua aku. Hahahaha. By the way, ni laki aku yang request nak makan tempoyak, so special la mak dia masak. Nak suruh bini dia masak, memang tak la sebab aku memang sejenis tak makan tempoyak. 

    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers