Plan Cuti Sekolah Nanti

Isnin depan anak-anak dah start cuti sekolah. Seminggu cuti. Hurmmm.. anak-anak tanya, kita nak pergi mana mama cuti sekolah nanti? Haihhh.. susah mama hangpa nak jawab.



Memandangkan kami laki bini PJJ, kami di Manjung, laki aku dekat Kem Sg Besi sana, aku memang taktau macam mana nak plan. Hahahaha..



Aku memang cuti sabtu ahad, laki aku walaupun cuti sabtu ahad jugak, tapi biasa la tentera, weekend kadang-kadang kena duty. Jadi, kalau kami pi ke tempat laki aku, which is dekat Kem Sg Besi tu, nak buat apa sebab laki aku duty. 



Anak-anak pulak, kalau diajak ke KL, pi tempat papa depa, takmau pulak depa ni. Jauh katanya. Depa lagi suka kalau kami balik Kedah, kampung aku. Honestly aku pernah la drive sekali pi tempat laki aku, mungkin sebab first time kan, dengan tak reti jalan, dengan sesat berpusing-pusing kami ni. Hahahaha. 



Anak-anak asyik tanya, jauh lagi ker mama? 



Hahahaha. Susah mama nak jawab, sebab mama hangpa ni pun banyak drive dekat Manjung ja, itupun jalan dekat Manjung ni pun aku tak habis khatam lagi. Kalau sebut fasa 2A, fasa apa segala tu, memang aku taktau dok tang mana. Hahahaha.



Tapi kalau kami nak balik Kedah pun, InsyaAllah raya haji hujung bulan 6 nak balik Kedah lagi. Tak boleh nak balik kerap-kerap jugak, sebab jenuh jugak modal nak balik kampung, petrol, tol, makan minum apa segala lagi. Kena fikir jugak tu.



Kebetulan jugak, bulan 7 nanti roadtax insurance kereta aku ni dah nak expired, jadinya kalau nak renew, makan modal jugak, ratus-ratus jugak la. 



Haihhh.. susah nak decide. 



Entah-entah, cuti sekolah ni kami stay je kat rumah. Layan Netflix, main game mobile legend. Hahahaha. Petang-petang kalau tak panas sangat, budak-budak keluar kayuh gerek @ kayuh basikal kat luar. Laki aku confirm tak balik dah minggu cuti sekolah ni sebab dia baru je balik. Lagipun busy, ada latihan kawad.



So kesimpulannya, takdak apa-apa plan lagi for cuti sekolah nanti. Duduk nganga je lah kat rumah, makan, tidur, tengok Netflix, main game je lah. Nasib baik haritu dah upgrade pakej Astro yang ada ultra box tu, walaupun bulan-bulan installment tu mahal lah sikit dari pakej basic or family package aku tu, tapi berbaloi lah sebab kami jenis yang suka tengok TV. Hahahaha..



Dapat record rancangan favourite kita, dapat tengok movie jugak, ishhh not bad lah. So kita layan je lah TV sampai mata lebam. Hahaha.



So anak-anak, kita duduk rumah je lah ye. Lagipun cuaca panas ni kan, better kita stay dekat rumah. Hahaha. Alasannnn… 😂


Bulgasal Immortal Souls

Currently aku tengah layan cerita Bulgasal Immortal Souls ni dekat Netflix. Tapi nahaiiii cerita ni sampai 16 episod, taktau bila nak habis tengok. Baru je tengok sampai episod 2. Hahaha. Cerita pasal sorang laki ni memburu roh seorang wanita yang dah bunuh anak dan isteri dia, masa kehidupan dia dulu. Laki ni bertukar jadi raksasa gorgon yang takkan tua dan takkan mati. 



Amna, Aimy, Aleeya & Emran

Cerita petang tadi. Lepas mengaji rumah Cik An, kami ke TF kononnya nak beli buah, stok buah habis kononnya. Tapi bila nak bayar, ada macam-macam pulak dalam bakul ni, ada kulit popia, ada daun sup, daun bawang, kentang, berus gigi beli 3 percuma 2, apa lagi ye. Ini lah muka budak-budak yang selalu menghabiskan duit mama dan papa depa 😂 Semoga hangpa semua jadi anak-anak yang berjaya didunia dan akhirat. Aminnn….


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post