• News

    01 June, 2023

    Duit Raya Anak Nak Simpan Dekat Mana?

    Khamis, 1st June 2023.


    Syawal dah berlalu lama, open house pun dah habis dah. Alhamdulillah, lepas selesai sambutan raya kami, so aku pun kira lah duit raya anak-anak.


    Dapat dalam 967 kalau tak salah aku, untuk 4 orang anak aku, Alhamdulillah, dapat lah tambah duit simpanan anak-anak. Aku sengaja genapkan duit raya anak-anak jadi 1,000, lepas tu bahagi sama rata, jadi dapat la seorang 250.


    Honestly sampai sekarang, aku belum decide nak simpan duit raya anak-anak dekat mana. Biasanya memang aku simpan je dekat akaun SSPN anak-anak, tapi aku ingat nak variety kan simpanan depa ni.


    Fikir-fikir punya fikir, aku decide nak beli emas. Apa kata duit 1,000 tu, aku beli emas sebab emas ni harga makin hari makin naik. Mungkin hari ni kita beli emas 1gram 250, lagi 5,6 tahun akan datang akan jadi 1 gram 300. Ini anggaran je lah, sebab harga emas bukan la 250 pun, lebih daripada tu sebenarnya.


    Aku ingat nak beli gold coin tu, tapi tak sure  nak beli dekat mana, yang Public Gold tu kan. Tapi takde ilmu sangat, kan kena tipu dengan orang pulak. Hahhaha.


    Nak try invest yang dalam Quantum Metal apa benda tah, ishhh tak berani. Hahahaha.


    Nak beli emas 916 yang barang kemas tu ker? Ishh.. tak pasti. Aku dah la kurang minat barang kemas, walaupun aku tau la value emas tu macam mana. 


    Ishhh.. serba salah sebenarnya nak decide pasal ni. Itu sebabnya duit raya anak-anak aku elok je dok parking dalam akaun aku tu. Sebab sampai sekarang aku tak sure nak simpan kat mana. 


    Last-last aku rasa, masuk je lah dalam akaun SSPN depa ni, at least dalam tax exemption kan. Katanya, tahun ni tahun last untuk dapat tax exemption kalau buat simpanan SSPN. Wallahualam.


    Tapi risau jugak lama-lama duit anak-anak dalam akaun aku ni, dah la telefon aku dah mula buat hal. Boleh tak mama pinjam duit anak-anak dulu beli Iphone baru? Hahahahaahah….




    Ni lah muka-muka yang selalu habiskan duit mama depa, so boleh lah mama pinjam duit depa beli Iphone baru. Hahahaha



    Ni lah duit raya anak-anak. Alhamdulillah, terima kasih kawan, family dan sesiapa je yang bagin duit raya dekat anak-anak, semoga murah rezeki selalu. Aminnn…



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers