Wordless Wednesday

Cehh.. tiba-tiba letak tajuk Wordless Wednesday, macam dizaman awal-awal berkecimpung dalam dunia blog. Kalau semua blogger pakat letak tajuk ni, makna kata memang depa akan post entry yang pendek-pendek saja. Tapi kalau hang sejenis blogger yang femes, tulis benda yang sebaris dua pun orang dah menderu-deru masuk dan komen. 


Benda ni of course lah tak jadi kat aku, sebab aku bukan lah sejenis yang femes pun. Haahahaha. Tapi sempat lah earn income beberapa ratus. Aduii syok betoi. Rindu zaman tu. Dapat ramai kawan bloggers.


Ok, kembali kepada tajuk kita. Walaupun tajuk Wordless Wednesday, tapi aku rasa tak wordless, entah-entah jadi wordmore 😂



Alhamdulillah, ni menu dinner kami malam ni.  Ada sup ayam, ikan goreng dan tempe goreng. Sup ayam tu sebenarnya aku cuba nak copy style sup kedai siam, yang ada rasa masam-masam dan pedas tu. Cuma depa ada letak saderi dan bawang holland, tapi rumah aku takdak saderi, so tak letak. Bawang holland pun takdak, pakai je lah bawang apa yang ada. 


Since anak aku pencinta ikan goreng, so mama depa ni gigih lah pi Kedai Hamriz beli ikan. Sekarang ni dah malas nak pi beli ikan fresh dekat Taman Venice tu, beli setakat mana aku nak masak dah la. Kalau beli ikan dekat Taman Venice tu, tak berbaloi nak beli sikit-sikit. 


Tempe goreng tu aku suka makan gitu je. Meratah, kalau nak cicah dengan sos cili Thai pun ok je, tapi aku suka makan tempe goreng gitu je. Sedap oii. Dulu-dulu rajin la buat sambal ikan bilis dengan tempe. Ishhh sedapnya. Lama tak buat.



Kisah pagi tadi, masa masuk kereta nak pergi kerja, baru perasan pakai inner terbalik. Adoii.. macam mana boleh terbalik pulak ni. Tapi dah malas nak masuk rumah tukar baju, so sampai office baru tukar. Hahahaa. Ada orang kata, kalau pakai baju terbalik ni, nak dapat duit. Ehhh.. kalau dapat, syoknya. Hahahaha. Mana tau kan, tiba-tiba Petronas umum aku menang peraduan dekat apps Setel tu, hadiah 2 Juta Ringgit ka, sumpah esok tu aku terus resign. Kahkahkah. Merapu betoi!



Tahniah filem Polis Evo 3, dah mencatat RM41 Juta dalam masa 12 hari tayangan. Aku dah tengok trailer cerita Polis Evo 3 ni dekat Astro, aaaaaa tak sabaq nak tengok. Tunggu keluar dekat Astro First lah, nanti kita beli. Nak pi tengok dekat panggung tu macam leceh lah, dengan anak 4 ketoi ni. Hahahaha. 


Urmm tu je lah kot nak cerita. Lega, tinggal 2 hari je lagi nak kerja, lepas tu cuti 2 hari. Aku memang sejenis yang tak sabar nak weekend, sebab malas nak kerja, tapi tak kerja, takde duit. Apa hang ingat ayah hang tinggalkan duit berkepuk-kepuk dekat hang ka? Hahahahaha… Maka, terpaksa lah kita bekerja ye. 


Ok, tu je lah cerita pasal wordless wednesday aku, yang tak berapa nak less pun. Hahaha.


By the way, kalau terjumpa or terbaca entry dekat blog ni, tolong la komen. Baru la rasa macam wahh… ada jugak yang sudi baca cerita aku. Hahahaha.. 

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post