• News

    24 July, 2023

    Craving Satisfied: Buah Donut Peach Viral

    Assalamualaikum wbt.


    Baru-baru ni agak viral lah pasal buah donut peach dekat social media, especially dekat Tik Tok. Ramai gila dok buat video pasal buah donut peach ni. Sumpah aku terliur bila tengok depa makan, hurmmm  tengok air yang terpercik dari buah tu, aduiii.. tak boleh jadi, memang kena cari jugak ni.



    Aku pun bagitau lah kawan-kawan, kalau ada terjumpa orang yang jual buah donut peach ni, let me know lah sebab setahu aku, buah donut peach ni tak dijual di kedai buah biasa yang selalu aku pi tu. Kalau jambu batu, mangga, apple tu InsyaAllah ada. 



    Kawan aku ada lah bagi contact no. runner yang jual buah donut peach ni, dan aku pun PM lah mereka. Hurmm.. langsung tak respon weh. Even komen dekat FB pun ada yang tak reply.



    Gigih jugak la aku pi cari dekat Pasaraya TF dekat rumah aku ni, malangnya tak dak pulak. Buah plum, anggur, buah-buah biasa tu ada lah jual. Aduhh.. kecewa lagi. Tapi nak cari dekat Aeon Manjung malas pulak aku nak drive ke sana. Hahaahha…



    Ok, satu petang yang damai di hari Ahad, aku ternampak lah status sorang seller ni, dulu aku pernah beli laksa utara dengan dia, jadi aku pun save lah no. dia. Maka, aku boleh lah nampak status dia lalu lalang dekaat whatsapp status aku. Banyak je dia jual benda lain, mangga asam boi lah, roti jalan durian lah, entah macam mana petang tu aku perasan dia up pasal buah donut peach ni.



    Adjust itu ini, so aku pun ON lah order buah donut peach dengan dia. Harga buah RM30, tambah RM3 untuk cod charges. Jadinya, total RM33. Terus aku mintak no. account bank dia dan transfer petang tu jugak.



    See how excited I am? Hahahahaha….



    Maka, pada tarikh hari ini, 24 Julai 2023 bersamaan hari Isnin, dapat lah jua aku merasa buah donut peach yang viral ni. Rasa dia sedap dan manis. Hahahaha. Rasa biasa je lah, rasa buah. Tapi kalau kata macam buah plum, tak jugak kot. 



    Ishh.. not sure how to explain. 



    Tapi luar buah tu berbulu macam baldu, rasanya aku pernah tengok buah ni, tapi masa tu tak viral lagi, jadi tak lah rasa nak beli. Harga pun boleh tahan mahal, tiba-tiba harini aku rasa aku dah jadi geng T20 sebab makan buah mahal. Ikutkan dengan harga RM33 tu, aku boleh beli banyak jenis buah tau. Mungkin boleh dapat rock melon, dragon fruit, seedless grapes ka. Hahahaha…



    Since dah dapat buah donut peach viral ni, kiranya craving satisfied lah! Mesti meloncat baby cacing dalam perut ni sebab mama depa dah dapat dah apa yang dihajati. Ikutkan gaji jumaat ni, ikutkan memang tengah jimat-jimat nak tunggu gaji, tapi sebab buah donut peach viral punya pasal, lantakkk lah. 



    Hari-hari kita makan nasi dengan telur goreng ye wahai anak-anak mama yang tercinta 😂 Duit Mama dah habis lah. Hahahaha….





    Ini lah rupa buah donut peach yang viral dekat Tik Tok tu. Ramai gila aku tengok dok post video pasal buah ni. So harini tercapai juga hajat di tekak nak makan. Bagi aku, biasa-biasa je lah, rasa buah je. Hahahaha… aku prefer untuk beli buah rock melon atau buah mata kucing lagi 😂




    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers