• News

    21 July, 2023

    Updating My Resume

    Assalamualaikum wbt.


    Salam Jumaat, 21 Julai 2023.


    Sejak 9 tahun aku kerja dekat company sekarang ni, memang aku langsung tak update resume aku, sebab aku memang takdak keinginan nak cari kerja lain. Iye lah, dah laki aku pun cakap lepas pencen memang nak stay sini je, jadi malas lah aku nak cari kerja lain.


    Tapi sejak dua menjak, bila kawan dekat office cakap dia dapat interview dengan company apa tah, aku rasa urmmm teruja pulak. Boleh lah kot aku update resume, dan apply kerja baru. Bukan niat nak dapat pun kerja tu, tapi lebih kepada nak test market. Laku tak knowledge dan experience aku ni.


    Tapi itu lah, mostly kerja yang aku apply tu dekat area Ipoh, sebab dekat Manjung ni macam tak berapa ada kerja sangat. Hahahaha.


    Ok, semalam aku dah update resume aku, edit edit sikit tang current job responsibility, gambar dalam tu aku biar je pakai gambar lama, hahaha… sebab masa ni muka aku kurus sikit kot. Sekarang dah gemuk, so biar je lah gambar tu. 


    Lepas tu, aku ambik lah English test, baru jawab 30 soalan macam tu, sekali masa dah habis. Kebetulan masa tengah jawab test tu ada kerja pulak nak kena buat. Sudahnya result English test aku dapat la 27/40. Hahahaha. Nak repeat balik English test tu dah tak boleh, kena tunggu bulan depan pulak. Adoiii… Hahahaha…


    Ok, semalam dah apply beberapa kerja. Tapi jawatan semua level-level manager, hahaha. Kalau bakal employer tengok resume aku, mesti kena gelak dulu sebab experience macam ni ada hati ye nak jadi manager. Hahahaha…


    Tapi apa-apa pun, aku cuba je lah. Dapat dipanggil interview pun dah bersyukur, kirannya laku lagi lah kot aku ni. Tapi untuk kerja belah-belah Ipoh sana, susah jugak sebab kami plan nak settle down dekat Manjung ni je bila husband aku dah pencen nanti. Anak-anak nak sekolah pun senang, banyak facility kat sini, yang takde cuma Mydin je. Hahahahahaha…


    Well, wish me luck. Mana tau, aku kerja dekat company sekarang ni sampai aku dapat keluar duit KWSP, sebab biasanya orang yang asyik cakap nak resign, nak resign ni lah yang akan stay lama. Hahahaha… Adoiiii…



    Up gambar sendiri satu kali. Hahahaha… harini terpaksa pakai spec yang jarang-jarang pakai, mana pergi entah spec aku tu, semalam tertidur dengan spec ker macam mana tah, bangun pagi ni cari dah tak jumpa. Misteri betul laaa… Jadi pagi ni terkebil-kebil lah aku pakai spec baru ni. Not baru, tapi jarang-jarang pakai. 



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers