Niat Di Hati Nak Upgrade CPU Baru

Assalamualaikum. Salam hari isnin, 14 Oktober 2024.


Aku ingat nak upgrade CPU baru sebab CPU dekat rumah aku ni, dah berzaman dah. Aku ambik percuma je CPU ni masa company lama aku nak tutup sebab project dah siap. So masa nak clearkan barang-barang office, memang set komputer dekat rumah aku ni depa tak ambik. Jadi nya aku pun ambik lah, 2 monitor, CPU, keyboard, mouse, segala mak nenek barang office yang depa takmau ambik, memang aku ambik. Hahaha.. benda free kan, lagipun still in a good condition.


So, kami pun guna lah komputer tu sampai lah satu tahap komputer tu macam dah slow sangat. Aku pun cari kedai komputer ni, tanya boleh tak tengok-tengok CPU saya ni. Hahahaha.. abang tu pun check lah CPU aku tu, dia cakap ni CPU lama ni, saya boleh la tolong update apa yang boleh. 


Maka, bertahun lah kami guna CPU tu sampai lah ke tahun 2024 ni. USB port banyak yang dah tak detected, sampai kami terpaksa beli external usb port. Hahahahaha… so fikir punya fikir, jom lah upgrade CPU baru. Sebabnya monitor ni aku baru je beli yang second hand punya, tapi itulah, dah keluar green line pulak dekat screen monitor ni. Banyak masalah betul lah komputer kat rumah ni. Kalau Ok, boleh la kita update blog dekat komputer pulak, sebab sekarang ni aku dok update blog pakai fon je.


Aku fikir, CPU mesti around 4 ke 5 ratus, so semangat la singgah kedai komputer konon-konon nak survey harga CPU baru, tapi alangkah terkejutnya bila tengok harga seketul CPU baru dekat kedai komputer tadi semuanya harga 2ribu ke atas. Hahahaha… kalau dah harga 2 ribu, baik aku beli sebijik laptop terus. Nak bawak pi travel or balik kampung pun boleh. So bila dah terkejut tengok harga CPU sampai 2 ribu lebih, aku pun batal lah niat aku nak beli CPU baru. Hahahaha… tapi disebabkan taknak balik tangan kosong, aku pun beli la mouse baru.


Tapi taknak beli wireless mouse, beli yang biasa punya je. Sebab wireless mouse kat rumah ni macam banyak problem. Tapi aku syak, bukan mouse tu yang problem, tapi CPU aku tu yang problem. Bayangkan eh, tiap kali nak start komputer tu, kena set timing, date segala. Jadi yang problem tu bukan lah mouse sebenarnya, tapi CPU.


Patut tak aku beli laptop eh? Ker beli handphone baru je? Hahahaha…


Honestly haritu aku terrrr pergi kedai handphone dan dah survey pun harga Xiaomi 14T 512Gb, cumanya teragak-agak nak angkat telefon baru sebab iphone 12 pro max 256gb aku ni pun baru setahun je aku guna. Masalahnyaaaa, storage dah penuh, battery health pun dah turun. Itu yang aku ingat nak beli telefon baru yang storage lagi besar dari telefon aku sekarang ni.


Urmmm.. tadi cakap pasal nak upgrade CPU, and now cakap pasal handphone pulak. Hahahaha.. taktau lah mana satu yang aku nak beli, sebab semuanya aku nak. Kalau lah kaya, tak payah la aku decide nak beli yang mana satu, memang aku terus beli laptop baru dan telefon baru jugak. Hahahaha.. tamak betul.




Mouse brand Logitech yang aku beli tadi, harga RM29. Semoga awak baik-baik aje. Awak je yang saya mampu beli, nak beli CPU saya tak mampu 😂


Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post