Kawan saya seorang ini semasa sekolah dulu memang agak kurus orangnya, lagipun zaman baru nak naik, mesti pandai jaga badan kalau tak susah nak dapat boyfriend. Hahahaha.
Sekarang, dah bersuami, beranak, badan semakin berisi. Kerja sebagai jururawat, kadangkala balik tengah malam pun sanggup singgah kedai makan sebab lapar katanya.
Yang merisaukan kawan saya, mungkin satu hari nanti suami dia mungkin cari orang lain sebab kawan saya sekarang dah tak berapa slim macam zaman bujang dulu. Katanya, lelaki bila bini dah kurang cantik, badan dah kembang, tak pandai jaga badan, mula la suami buat hal.
Eh, orang lelaki memang macam tu????
Bukankah seorang lelaki, atau lebih tepat seorang suami akan terima diri kita seadanya, samada kita kurus, tembam, kembang semangkuk mahupun berisi???
Kenapa seorang isteri tidak pernah ambil kisah dengan keadaan fizikal seorang suami yang makin boroi, kadang-kadang misai atau janggut pun tak berapa nak kemas, tapi masih setia bersama. Sedih rasa hati kalau keadaan fizikal isteri menjadi penyebab suami berlaku curang.
Sekian, terima kasih. Seksa jugak sebenarnya nak menulis macam editor majalah mingguan wanita ni ye. Hahaha.
8 comments:
entahlah,
mngkin bukan faktor fizikal..mungkin faktor lain. Faktor fizikal xjadi masalah besar.
Hohoho
Jujurnya, pada saya, kalau dapat suami macam tu, mmg 'satu rahmat' sebenarnya ditinggalkan oleh suami...sebab tuhan dah bebaskan wanita itu dari lelaki yang tak guna, yg selfish, yang menilai hanya dari sudut fizikal semata mata, tanpa menghiraukan, jauh sekali menghargai apa yang isteri dah korbankan selama hidup bersama.
Sekian.
Editor Majalah Tanyalah Ustad
:)
Meh kita reverse lak soklan nih.. berdsrkan n3 la.. Beginikah sepatutnya pompuan?.. hi2x.. peace!!!
hahaha.. faktor badan bini dah kembang tu bukan faktor utama laki nak cari perempuan lain kan.. itu alasan bodoh semata2.. hehehe
itu la, bukan senang nak beranak, urat dah banyak putus, bagi zuriat dekat suami, takpa lah kan kalau badan kembang sikit. hahaha.. kalau suami boroi takdak pulak bini kecoh nak cari lain.. hahahaha
reverse dan masuk gear.. hiihih
aku suka komen komen alien dan daddyZZ!
Kalau kurang slim dah kurang stim!!!
hahaha
Post a Comment