• News

    03 September, 2010

    DUIT RAYA

    Tadi member satu ofis ajak gua keluar masa lunch, nak pergi bank tukar duit raya katanya. Gua tolak, sebab gua takut panas mentari akan menghitamkan kulit gua yang putih melepak macam Kak Zizie bini Bung Mokhtar. Keh3x. Gua tipu, kulit gua memang originally cerah-cerah tanah. Sepupu gua guna laras bahasa yang lebih mencengkam jiwa, iaitu kulit putih-putih dodol. Bongoksss. Mana ada gua hitam sangat. Tapi takpe, hitam itu menawan dan gua rasa sangat menawan setiap hari. Har har har.




    Tolong lah puji gua weh, bosan dah gua kalau hari-hari nak buat entri puji diri sendiri. Eh tak pe, ada lagi sorang yang rajin puji gua. Bakal suami gua lah! Haha. Mengada-ngada lebih. Dah lebih sebulan gua tak jumpa dia, ada hati cakap gua makin berseri sekarang. Pujian yang gua tau tak berapa nak benar. Huhu.




    Tahun ni gua nak bagitau siap-siap, gua tak bagi duit raya. Bukan sebab gua kedekut. Pasal gua nih baik hati sangat pi sedekah duit kat kaunter trafik Sg. Petani sebab bayar saman speed trap gua. Bukan sikit okeh, RM300. Kalau amount dalam Nuffnang tu dah cecah RM50, memang awal-awal lagi gua dah cash out sebab nak kaver duit yang bayar saman tu. Huhu. Cerita gua ni betul-betul menyayat hati dan sanubari kan???




    Nasib gua betul-betul tak baik lah, on the way gua drive nak pergi Sg. Petani, dengan slumber gua pi langgar lampu merah. Alahhh.. Selama batang traffic light tu wujud, memang selalu gua langgar. Melainkan ada kereta berhenti, memang gua akan ikut berhenti. Dan naseb gua sangat buruk pada hari tu, gua kena tahan dengan JPJ. Uwaaa.. Terbang RM210 keesokkan hari. Daripada RM300, dapat diskaun 30%. Gua sempat jugak dapat tazkirah free dari brader JPJ tu.




    Orang lain sibuk dapat duit raya, gua pulak sibuk nak bagi duit raya kat PDRM dengan JPJ. Gua tau hati gua sangat mulia. Har har har. Mak gua pun tak lupa bagi tazkirah percuma kat gua. Yelah mak, insaf dah. Insyaallah tak buat lagi. Huhuuhu.




    Dah la gua sedih, tak dapat kad raya langsung. Kak Cho pun macam apa ntah, gua mintak kad raya dengan beliau pun, dia cakap dah ilekkkk. Sampai hati ko Kak Cho. Huhu. Mentang lah gua bukan geng Solturanger ka, Power Rangers apa ntah yang gua tengok dia tempek kat blog beliau tu. Tak pe lah Kak Cho. Sob3x.




    Kalau ada yang baik hati nak bagi duit raya dan kad raya serta kuih raya, boleh komen kat bawah ni. Sedih kan cerita gua nih. Sila rasa sayu untuk gua. Terima kasih. ;p

    7 comments:

    Aleen Aiden said...

    alah,bab kulit cerah2 tanah ni lu jgn susah ati.aku dlu lg cerah dr dodol kot masaklahnye..skang da upgrade jadik cokelat dokong.patua die sng jek,ko duduk dlm bilik aer jgn keluor2.sbb pesekitaran dlm 2 kan lembap sepnjg taun.jadik ko xde nk pening2 sbb panas sgale.muahaha

    sitinaminah02 said...

    aleen,

    agak2 la weh nak suruh aku dok lama2 dalam bilik ayaq. jgn kan kata cerah, terus badan aku naik kurap dan lumut sebab lama sgt berkurung dalam tu.sila bg cadangan yang lebih bijak sket. haha.

    Anonymous said...

    har har..putih putih dodol..tapi ok pe..asal dpt title putih tu.. :P

    duit raya singgit ok x???

    hamzah ian said...

    gua pun baru kene saman sbb takde roadtax.. argh...

    sahromnasrudin said...

    sori la..tayar gua baru tukar 4 bijik pasai nak lik kedah..tayar saiz 16 dunlop D01..hang kira la berapa sebijik kali dgn 4..kalau tak, nak aku maybank2u kat hang gak..maap erk...

    sahromnasrudin said...

    sori la..tayar gua baru tukar 4 bijik pasai nak lik kedah..tayar saiz 16 dunlop D01..hang kira la berapa sebijik kali dgn 4..kalau tak, nak aku maybank2u kat hang gak..maap erk...

    sitinaminah02 said...

    MDT,

    tak mo lah putih-putih dodol, nak putih gebu macam bini bung mokhtar tu. hehe.

    singgit pun ok gak dr takde langsung. ;p


    hamzah,

    kena saman takde roadtax tu berapa RM weh?


    sahrom,

    ni apa pesyen tulis komen sampai 2 kali nih? haha. berapa harga sebijik tayar tu? hang balik raya kedah, mai la umah. makan laksa. hehe.

    Total Pageviews

    My Followers