KONONNYA RINDU

Lepas gua setel teguk air kosong kat dalam mug, handphone genggam yang baru di beli 2 minggu lepas pun berbunyi.


SMS kakak gua merangkap heroin pertama. Gua syak Zahra merangkap anak kakak gua yang berumur 3 bulan tu demam balik. Tak sanggup pulak rasanya nak tengok Zahra sakit. Lihat.. Dan lihat.. Naluri dan sifat keibuaan tu begitu terserlah dalam diri gua kan. Hehe.


SMS kakak gua berbunyi;


"Adikku sayang, aku ingat kat hang. Sayuq lemak ketam sepinggan besaq tak habih pun. Kalau hang ada, mesti habih dah..".


Biasa ye bagi adik beradik terumatama orang Utara macam gua, gaya percakapan antara yang senior dan junior memang agak kasar sedikit. Tapi, di akui orang Utara memang mesra okeh. Sila kagum dengan diri sendiri sekiranya anda adalah orang Utara. Haha.


Ok, berbalik kepada SMS kakak gua tadi, gua rasa, SMS tu walaupun berniat baik, tapi gua rasa ada sikit sifat tidak puas hati kerana sepanjang 5 hari di kampung, gua langsung tak ada idea untuk request ketam daripada bapak gua.


Sementelah gua kembali ke Penang sahaja baru lah family gua terfikirkan menu yang sangat mantop itu. Jadi gua rasa, niat kakak gua untuk menyatakan rasa rindu kepada gua itu tidak lah berapa tepat melainkan gua merasa sangat jeles sahaja. Haha.







Ni gambar Mak & Abah Zahra bersama dua budak kecik sebelah rumah gua.
Yang 2 orang budak perempuan tersengih tu adalah adik-adik gua.
Gua tak ada di situ ye.
Hehe. Harap maklom.


Buat kakak gua, jangan berani-berani nak SMS gua, cerita pasal masakan mak gua yang best-best kat kampung. Huhu. Kesian lah pada adikmu yang berada di perantauan ni.


ps: masa gua drive dari kampung gua nak balik Penang, Hot FM dengan slumbernya pasang lagu raya, nyanyian Allahyarham Sudirman. Memang terbaekk.. Automatic airmata gua meleleh macam air paip tak tutup rapat-rapat. Cisss...

9 Comments

Dipersilakan komen disini.

  1. hoih penang ngan kedah tu dekat ja kot...hang ni...hehehehe

    ReplyDelete
  2. macik ku sayang,aku nak habaq aku pon baru pas pekena gulai lemak ketam smalam.pergh,die punye rase,slurppppp!!muahaha,agak keji pulak aku rase.ok2,aku insap.huu

    ReplyDelete
  3. haishh! penang dgn kedah tu sebelah tngkap dapur je pon..lek la dik syg... :)

    ReplyDelete
  4. sama lah kita...

    blk kg...oooo...blkkk kg..........

    ReplyDelete
  5. kak kb,

    haha. jauh gak tau, sejam lebih drive. lenguh gak pungkoq ni. kah3x.


    aleen,

    alalalala... tak jeles langsung.apalah sangat masak lemak ketam tu.gua dah tahu cara nak cool down kan diri sendiri. keh3x.

    ahhh.. keji betul lu aleen!! haha.


    MDT,

    sorang adik dah ada kat kampung. yg sorang lagi akan balik esok. buat keja suma tak kena dah ni. haha. alasan je ni.


    cdot,

    ohh balekk kampung,
    ohh balekk kampung,
    ohh balekk kampung,
    hati giranggggg...

    ReplyDelete
  6. gua nak btau yang gua dah kat kampung. gila bes.

    ReplyDelete
  7. salam wei..dekat la hang tue..org ulang alik SP dgn pulau lagi tiap hari..lain la aku nie..N9 dgn Kedah..berapa negeri aku kne langkah?? cube hang kira huhuhuhuh...

    ReplyDelete
  8. hehehe..orang utara memang sempoi..

    ReplyDelete
  9. john bert,

    ahhh.. bengong! saja nak sakitkan hati gua. uwaaaaaaaaaa....


    sahrom,

    kalo nak langkah, memang jenuh lah. nek la keta, cepat lah sampai. keh3x.


    jimi,

    i like yr comment. haha. tenkiu. ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post