• News

    08 October, 2010

    GURAU SENDA MENAMBAHKAN KEMESRAAN

    Ada dua orang gadis. Mereka berdua sangat comel, sopan, pemalu, dan ramah tamah. Bukan tanah pamah ye kawan-kawan.Mereka selalu bergurau senda sesama mereka kerana dengan cara ini akan menambahkan lagi kemesraan antara mereka berdua dan kawan-kawan yang lain. Hidup mereka begitu ceria. Seperti saluran Astro Ceria.


    Pada suatu malam, mereka berdua merasa sangat lapar. Gadis yang comel ajak gadis yang ramah pergi beli maggi goreng. Mereka berdua sangat lapar sebab malam tu mereka rajin menelaah pelajaran. Makanya, bila menelaah pelajaran, automatik rasa lapar seperti anak cacing kerawit sedang menggigit pankreas dan ginjal.


    Di tanya kepada rakan serumah mereka, adakah beliau yang sedang menelaah pelajaran merasa lapar, rakan serumah yang suka menelaah pelajaran secara bersendiri di dalam bilik itu menggelengkan kepala. Dua orang gadis itu pun blah dan menuju ke kedai makcik sengau.


    Setelah meng order dua bungkus maggi goreng, dan bersembang pum pang pum pang bersama pelajar-pelajar yang terdapat di kedai makcik sengau tersebut, dua orang gadis itu pun blah selepas membayar harga makanan. Bau maggi goreng yang baru lepas di goreng itu betul-betul menaikkan nafsu makan mereka. Gadis yang ramah pecut motor laju-laju, nak cepat sampai di rumah, nak makan. Gelojoh betul perempuan ni.

    Sampai di satu simpang terakhir berdekatan rumah sewaan mereka, gadis yang comel mencadangkan kepada gadis yang ramah satu aktiviti sampingan untuk menambahkan kemesraan antara mereka berdua dan seorang lagi rakan serumah mereka yang bersendirian di rumah. Gadis yang ramah setuju dengan cadangan tersebut. Gadis yang ramah matikan enjin motor dan mereka tolak motor tersebut secara perlahan-lahan, yang kedengaran hanya bunyi tawa kecil mereka berdua. Kedua-dua mereka nampak seperti ejen FBI yang sedang menjalankan siasatan.


    Apakah aktiviti gurau senda tersebut? Sila nantikan sambungan cerita ini pada episod yang akan datang. Terima kasih kerana meluangkan masa anda. Har har har.

    16 comments:

    sahromnasrudin said...

    salam..ini mesti pengalaman hang zaman student kan? huhuhuhuh

    MOFASAD said...

    errrrrr


    layout baru~~~~~

    ZR said...

    sah..nak mmbuli gadis yg bersendirian di rumah tuu

    ahmad humairi said...

    hamboooiii mesranya....ko jangan bagi saspen...

    Mario said...

    baru nmpk best ckit warna biru...ahak ahak

    AngahSayang2314 said...

    ermm nie yg pelik nieee mmmmm

    HaN WarreN said...

    gua pening pening lalat...

    || NaFiRaa || said...

    hahahahha.. boleh stop plak~ sabor jek laaaa.. cepat sket sambung citer tu!!

    Days said...

    lu dh kasik gua lapo bace entri lu dh tu nak to be continued pulak dem la mcm nih hehe

    Unknown said...

    cis ade sambungan.. pandai gadis ni bergurau.. hahaha..

    Aleen Aiden said...

    hances adela la.cet!

    -MsGoodNite- said...

    kwang3x.. Kena la rakan serumah 2 sat lg..keh keh keh!

    Siti Noor Aminah said...

    # sahrom: mana ada, ini kisah benar punya.. har har har..


    # farid: komen tak ada kena mengena!!!


    # kazaztan team: haha. mana ada. nak bergurau senda saja. ehemmm..


    # cikgu humairi: mesra kan? teman tapi mesra.. hehe.


    # mario: hang suka blue kan?? hahaha.. i like blue too.


    # angah sayang: pelik? apa yg pelik? hehe.


    # Hantwo: ok, pegi tido.


    # kak nafira: ni macam drama yusop haslam gak, ada sambungan.. hahaha..


    # days: ekceli, gua lupa jln cerita dia.. hahaha.. nnti igt,gua sambung balik. haha.


    # heidi: sori lah yer. entri ni pun macam slot akasia jgk. keh3x.


    # aleen: hahaha. hancesss??? i likeee...


    # msGoodNite: ishhh..dia selamat. takde apa2 yg terjadi. hahahaha.

    kata kila said...

    eccecee. kaver lah tu!

    kata kila said...

    eccecee. kaver lah tu!

    Fnd Rocka said...

    Bila episod akan datangnye akan datang?

    Total Pageviews

    My Followers