• News

    20 October, 2010

    SYARAT-SYARATNYA

    Senah sembang dengan laki dia, Abang Jusuh.


    "Abang, ni tak pa ka kalau Senah nak tulih blog macam hat ramai orang pakat dok tulih tu. Senah tak syok dah hari-hari nak tukaq status facebook. Pagi-pagi Senah mai keja, Senah tak tau nak tulih pa kat status tu. Main game farmville pun Senah rasa tak best dah laaa ni".


    Abang Jusuh, laki senang tak kata apa, diam saja.


    "Ni Senah dok baca BLOG GADIS COMEL tu, Senah rasa syok pulak. Pandai tau budak hat nak menikah bulan depan tu tulis cerita. Bila Senah baca blog dia, Senah pun rasa nak tulih macam dia. Tapi kan bang, Senah rasa, Senah lagi tererrr pada budak hat boh nama dia Gadis Comel tu. Comel sangat ka tuan blog tu bang???".


    Abang Jusuh toleh kat Senah.


    "Ishh hang ni Senah, hingaqqq sungguh noh. Abang nak baca surat kabaqq pun tak senang". Abang Jusuh dah mula hot fm.


    "Abang ni tak cool lah, Senah dok cerita pasal blog kat abang, abang buat dun no jerr. Tak rock macam The Rock lah abang ni". Senah pujuk laki dia.


    "Abang bagi ka dak Senah nak tulih blog ni??? Senah dok tengok kan, kat blog hat nama Anis yang dok Sri Lanka tu, ada iklan dok bergedik-gedik, tokey iklan tu depa geng-geng blog kata nama Nuffnang. Kat blog hat nama pelik tu, Langling ka Linglung ntah, dia boh iklan Mangga apa ntah. Senah nak teraaaiiii lah bang. Dok aktif kat facebook hari-hari pun, bukan dapat duit sekupang pun. Koman-koman kalau Senah dok aktif blog tu, dapat gak duit. Betui dak bang???".


    "Ikut hang la Senah oiii. Tapi kalau nak tulih tu, abang tak mau la Senah dok pi tulih pasai abang dalam tu, dok pi letak gambaq abang ka apa dalam tu. Kena pandai jaga maruah abang".


    "Ishhh.. dak la abang. Abang tengok hat blog gadis comel tu, mana dia dok letak gambaq dia sangat pun".


    "Ok, Ok. Kalau boleh, abang tak mau la Senah dok tulih dok kata kat orang tu, kata kat orang. Fitnah sana, fitnah sini. Satgi depa kata abang yang dok ajaq Senah tulih lagu tu pulak. Lepaihh tu abang nak habaq lagi, kalo buleh tok sah la dok tulih lagu budak hat Senah kata nama Gadis Comel tu, gua-lu, gua-lu. Menatang apa gua-lu tu? Gua Kelam hat kat Perlis tu ka?"


    "Yela-yela, Senah ingat pesan abang tu. Ok lah abang, Senah nak online dulu. Nak pi melayari internet dan mendaftar kat blogspot.com. Senah cayanggggg abang". Chuppppp.. Chupppp.. Chupppp.. Senah cium Abang Jusuh di pipi 3 kali.


    XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


    Itu cerita Senah dan Abang Jusuh.


    Dan bawah ni, cerita gua.


    Dan sebenarnya, bakal laki gua dah tetapkan syarat-syarat kalau nak terus berblogging. Dan gua sebagai manusia yang paling mendengar cakap dan patuh pada arahan orang yang gua sayang, kena la adjust sikit cara gua lepas ni.


    Lepas ni, nak guna saya-awak pulak. Lebih sopan gitu. Takde la orang nak cakap cara gua ni macam samseng kongsi gelap lagi. Har har har.

    31 comments:

    ZR said...

    gua - lu..bukan samseng tp otai...

    sahromnasrudin said...

    gua= yang terkenal kat batu caves...

    lu= itu kne tanya nabil..pikiaqlah sendiri katanya hahahah...

    senah= nasib baik abg jusoh bagi tulis blog..

    abg jusoh= bini hang tue memang berbakat orgnya dlm penulisan...

    kucingorengemok said...

    wah, begitu akur... dia simbah laptop dengan cat merah ke? hehe :)

    platipus said...

    tak padia bagi izin dah kira bagus.ikut je la syarat tu..

    Anonymous said...

    x kisahla gua lu gua lu..barula rock kangkang..eh!

    Tijah said...

    alahhh.bukan susah. kasik jer upah. err...

    kata kila said...

    hai semua.saya gadis comel.comel tak saya

    mcm tu ke ayat ko kene gune lepas ni

    sepet said...

    errrr...2-3 kali jugak aku dok tgk address blong ni.

    mmmmm...betol la. blog yang sama.


    ok! compom blog gadis chumel!

    one2paii said...

    bukan ke lu ketua samseng gua..taiko..ape cer?mau pukui orang ka?sapa?,..lu kan boss gua..haiip taiko..ihdup taiko ...haha

    HaN WarreN said...

    xsbar nak tengok hang tulis awak saya...aku nak guling2 dah ni...

    Days said...

    gua rase tu satu permulaan yg bagus hehehe.kantoi jugak lu nye belog dgn bakal laki kan heheheeh

    aNiS tHe BumbleBee said...

    saye tak saba nk tunggu awak tulis gitu.saye pun rase nk ketawe gulen2! kakakaa!

    Relevan said...

    Bagus Senah..pandai amik hati somi dia..sian senah sampai habis dah idea untuk tulis status pesembok ( facebook ) dia..

    Mak Su said...

    saya awak macam pencinta ;)

    ardzmarn said...

    saya pun tak suka orang yang tulis blog guna gua lu gua lu nie..

    rasa macam tak sopan..


    ekekeke..

    sitinaminah02 said...

    @kazaztan team,

    ohhh..ok. saya sgt otai kan?

    sitinaminah02 said...

    @sahrom,

    hang macam kenai ja senah dengan abg jusuh ni.hehe.

    sitinaminah02 said...

    @KOG,

    haha. patuh la sangat. memberontak okeh!!

    sitinaminah02 said...

    @platipus,

    betui tu. takmo jadi derhaka. nanti kena sumpah jadi batu.

    haha

    sitinaminah02 said...

    @MDT,

    apakah itu rock kangkang? scary betui rock kangkang.

    sitinaminah02 said...

    @Kak Tijah,

    nak bagi upah apa? hmmmm...

    sitinaminah02 said...

    @kila,

    har har har. jahat! perli aku kan. menci lah kat ko.

    sitinaminah02 said...

    @sepet,

    yer, anda tidak tersesat. masih blog yang sama. hihi.

    sitinaminah02 said...

    @one2paii,

    lu jgn pandai2 cakap gua ni boss lu. kang gua lempang lu kang, berterabur gigi lu jatuh ke bumi.

    haha.

    sitinaminah02 said...

    @hantwo,

    elehhhh..jeles la tu. igt aku tak boleh buat ek? hahaha.

    sitinaminah02 said...

    @days,

    dah lama gua kantoi weh. mengong betui la. hahaha.

    sitinaminah02 said...

    @kak anis,

    haha. jangan nak ngada2 eh. apa susah, lepas ni tukar nama blog, tp identiti di kekalkan.

    keh3x.

    sitinaminah02 said...

    @relevan,

    haha. cian kat senah kan. dah takde idea nak tulis apa kat fesbuk. tulis blog panjang berjela, buleh pulak.

    sitinaminah02 said...

    @maksu,

    saya kan sedang bercinta, jadi sgt sesuai guna saya awak. hahaha.

    sitinaminah02 said...

    @ardzman,

    betul lah tu abg man. saya sokong awak. tak sopan mereka2 itu.

    kita lah blogger yang paling sopan dan lemah lembut.

    Pala Maldini said...

    tak kisah pun... itu semua cuma kata ganti nama je..

    Total Pageviews

    My Followers