• News

    11 November, 2010

    Teknik nak dapatkan muka comel untuk di upload kat Facebook

    Tajuk memang gila vavi punya panjang. Hahaha. Ok, ok. Sila serius.
    Hai, nama saya Maya. Saya adalah bini kepada Adam, mama kepada Mia.
    Ingat tak cerita Adamaya kat tibi dulu, ohhh itu cerita pasal saya dan laki saya.


    Laki saya kerja jurugambar. Orang kampung saya kata photographer.
    Di sebabkan laki saya tu sangat pandai amek gambar sampai bukak pameran bagai,
    maka bakat dan kreativiti laki saya tu dah tercilok oleh saya sendiri.
    Bak kata pepatah Megan Fox, mana tumpahnya kuah kalau tak ke pinggan dan lantai.


    Berbalik kepada tajuk kita di atas, model yang akan kita gunakan pada hari
    yang indah ini ialah Zahra budak gebussss.
    Lihat saja pipi Zahra yang tembam dan gebuss,
    dan fokuskan pada muka,
    maka snap gambar.
    Tadaaaa... Sekali terfokus kat lobang hidong Zahra.



    Sekarang, kita akan memokus kepada kebulatan bijik mata pulokkk.
    Arahkan model anda fokus pada kamera,
    dan anda sebagai jurugambar,
    fokus dengan baekkk dan snappppp..
    Tadaaa... Nampak kan bijik mata yang bulat itu.

     

    Untuk mendapatkan dahi jendul seperti model kita anda,
    mudah saja caranya.
    Angkat kamera tinggi sikit dari dahi,
    bulatkan mata anda besar-besar,
    dan snapppp.
    Hati-hati, jangan terkeluar bijik mata anda sudehhh.

     


    Break time.
    Model kita lapo. Kasi dia minum susu dulu.
    Pakaian sudah tukar sebab model kita sudah berak.


     

    Gambar seterusnya, model kita telah mencuba aksi berani iaitu
    aksi menjelirkan lidah.
    Sangat bahaya aksi ini sekiranya ditiru oleh gadis-gadis atau wanita-wanita
    di luar sana.
    So, amaran keras dari saya, don't try this at home!!




    Gambar berikutnya, model telah di arahkan untuk meletakkan jari telunjuk di
    tepi bibir seolah-olah menunjukkan ke arah tahi lalat di tepi bibir,
    gaya seorang seorang selebriti bergambar dalam majalah buah-buahan iaitu Mangga.
    Tapi model sangatlah tidak mendengar arahan, maka di masukkan jari jemari
    beliau ke dalam mulut.
    Nanti saya akan tolak gaji model ini sebab keengganan dia untuk
    membuat aksi seperti yang telah di arahkan.



    Alamak.. Model mintak rehat lagi.
    Nak minum. Dahaga sangat, cuaca panas dowh.


    Lambat pulak susu ni, angkat sikit botol ni.
    Biar cepat habis.



    Selepas berehat beberapa ketika, model mula buat perangai.
    Sekejap hendak minum, sekejap hendak berak, sekejap hendak tidur.
    Saya malas nak berurusan dengan model yang banyak songeh nih,
    maka saya terus memecat beliau.


    Sekian sahaja tips dan panduan dari saya macam mana
    untuk mendapatkan muka cun untuk di upload ke dalam Facebook.
    Selamat mencuba dan renung-renungkan, dan selamat merenung.
    See yuuu bebeh.



    22 comments:

    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

    hahaha~nice tips...
    comel tul model cilik tu...geram rase na picit2 pipi dia..

    sahromnasrudin said...

    yang amek pic nie mak ngah ke mak su?? comel tak dia heheheheh

    NAJ HEBAT said...

    haha...

    up sikit camera...


    bg jendol2..


    dush3.

    tak pe.. profile pic aku dah chumel.

    ekekeke

    Relevan said...

    Cuba amik koi pulak jadi model aok ni..

    tasekM said...

    bila la nk dpt sorang nih...


    .

    ardzmarn said...

    kat dah deactivate account fb..
    deactivate tu bukan tutup ke maksud dia..


    hehehehe..


    tasekM>
    bila lu selalu tido awal dengan siap mandi dan wangi wangi sebelum tido.. wakaka..

    Siti Noor Aminah said...

    khumaera - bulat kan pipi dia. merah je pipi sebab selalu kena cubit. hahaha.


    sahrom - tukang amek gambo ialah mak njang dia. mak njang dia homaigod, punya la comeyyyy.. grrr... hahaha..


    naj - yo lah, lu memang comey.
    *tipu. haha.


    relevan - hmmm.. model sabun mandi, mau? hahaha.


    kak tas - kak dah ada sorang. cuba lagi ye. hihih. usaha tangga kejayaan. ;p


    ardzman - dah ter reactivate sebab nak upload gambar budak kecik ni kat dalam FB. haha.

    abg man, tips apa ko bagi kat tas tu? hahahaha.

    Pala Maldini said...

    patutla gambar kat atas2 tu lain macam je.. rupanya2 kawan tu tengah memerut!

    patut muka ketat..

    sepet said...

    nak picit + geget pipi dia buleh tak?????

    one2paii said...

    erk lu aktibate balik sehbab nak add gua kan..kan kan

    gadisBunga™ said...

    hahaha! haku dah tak payah berteknik bagai. haku taruk gambo munge je. malas dah nak tgk muke sendirik. huhuhu

    Mat Sentap said...

    comel!!!
    aku pun x sabar nk balik umah..
    tgk anak sedara aku...
    mesti dh makin tembam.

    ujee said...

    chubby & comell.....
    suke pic no.6...
    geramkan tgk jari baby...? nak gegget je rasenye...hahahhaaa..sukesuki nak geget jari anak org...huhuhuuu...

    kata kila said...

    tukar lah model. model tu ko

    Siti Noor Aminah said...

    pala maldini - hahaha. cian zahra kena paksa amek gambar. nak berak pun tak senang.


    sepet - amboii.. ingat anak patung ek? hahaha.


    one2paii - gua tak kuasa nak add lu abang juhsuh yang gila talak. ahhaha.


    GB - sy letak gambar budak ni je kat FB. gambar sendiri ada pun sebab kawan2 ada tag. ;p


    gadis gedik - tembam kan meraka?? geram betui. asek tingat kat mereka. ;p


    ujee - meh sini nak gigit jari lu dulu. haha.


    kila - hahaha. dah tu, sapa nak tangkap gambo?

    mario said...

    alololo...kena buli...sian dia... sib baik ada upah...

    Fnd Rocka said...

    Kalau aku posing gaya gitu..mesti masuk.majalah ye dak

    Siti Noor Aminah said...

    mario - hehe. ada upah tau, bukan free.


    fndrocka - haha. lu pun comey, mesti masuk majalah mangga.

    aNiS tHe BumbleBee said...

    kuat berak model ni.sebijik mcm mak menakan dia.hahahahahaa!

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    dah bayar dia ke belum ni ?


    model bukan sebarang model.Macam-macam aksi tu..

    Yana Heir said...

    hahaha..model termuda abad ini..comel! ;D

    Yana Heir said...

    hahaha..model termuda abad ini..comel! ;D

    Total Pageviews

    My Followers