• News

    21 March, 2011

    PARCEL DARI IBUNDA TERCINTA

    Aku dah lama tak pulang ke kampung. Gamaknya dekat berapa purnama dah. Purnma tu apa? Hantam, sedap jugak guna bahasa macam zaman P Ramlee. Tak, sebenarnya dah berapa bulan aku tak jejak kaki ke kampung halamanku yang tercinta. Busy, ok sangat busy. Terima je la alasan tak berapa munasabah nih.


    Terima kasih buat mak kerana mengirimkan yang terbaek buat anaknya. Terima kasih anak buah sebelah rumah yang balik kampung dan sudi membawa pulang pesanan dari mak dan menyerahkannya kepada aku. Berbunga-bunga hati aku bila dapat parcel dari bonda. Berbunga-bunga, kembang jadi berseri hati aku yang amat kangen dengan mak, kangen pada masakan mak.


    Dalam plastik berwarna ungu, aku buka bersama suami. Ada jambu air berwarna merah. Aku tahu, ini hasil pokok belakang rumah. Ada pelam, aku tahu juga, itu hasil pokok tepi rumah. Ada jeruk pelam, mesti kakak aku yang buat. Ada pekasam sebalang, aku tahu itu hasil tangan mak aku, ikan di pukat ayah di sungai belakang rumah. Ada sekali garam belacan (colek ataupun kuah rojak), aku tahu hasil tangan mak aku, mesti ingat anak bonda ni tak pandai buat garam belacan yang sedap macam mak buat kan. Hmmm... Ada jugak telur puyuh, pemberian jiran di kampung.


    Aku makan jambu air cicah garam belacan yang mak bagi, pedas, masin, manis, semua bercampur. Sedap sangat. Aku rindu mak, air tangan mak. Aku makan jeruk pelam, sedap. Rasanya tetap sama. Sedap macam dulu.


    Aku busy, tak berkesempatan nak balik. Hanya doa aku titip buat mak, buat keluarga. Aku mungkin akan balik, tapi tak tahu bila. Tunggu sahaja. Pasti akan tiba masa itu.



    15 comments:

    Aida Azryn said...

    lama tak makan jambu air.XD

    DeLancrettLurpak said...

    ko buat daku terliurrrrr.....!!!

    Days said...

    haihh gua pon dh lame x balik weyh.esk pagi jgk gua balik umah.busy dgn hal hal akademik nih.macam har j.
    baik balik umah.dpt duduk bawak ketiak mak gua.amannn

    Hanis Azla said...

    kena cari masa tu utk balik jumpa bonda dan keluarga tercinta.. tentu mak teringat2.. sbb itulah byk bekalannya.. kebetulan pula anak akak baru tanya semalam.. sepurnama tu brp lama yer mama? he..he.. akak jwb entah.. sebulan kot..

    bujal X said...

    oh perkasam~~nasi panas~~air oren~~

    MOFASAD said...

    biar badan kecik tapi semangat besar

    :P

    sahromnasrudin said...

    mak aiii..hang nie dah kena homesick la..pi la balik weekend nie lepaskan windu huhhuuhhuhh

    Siti Noor Aminah said...

    aida - jambu ayaq cedapppp.. haha.

    DLL - haha. pekasam tu makan nasik panas2 mmg terbaik!!!! haha.

    Days - balik la woi. jgn la buat mcam study obesi sgt. hehehe.

    Kak Hanis - haha. sy pun syak sebulan jugak. haha.

    bujal - tidak!! taste kau sama macam aku, makan nasik dgn air oren. pekasam is the best!!! haha.

    pareeed - haha. jgn nafsu besar. kahkahkah.

    sahrom - haha. bukan senang, husband duty weekend.

    Pala Maldini said...

    terliur dengan jambu air cicah colek.. hmmppp..

    ahmad humairi said...

    tengok je purnama tu..(bulan ek?), kalo rindu sesangat kat bonda...pasti ternampak wajah bonda...

    || NaFiRaa || said...

    huhuhu.. tetiba sis teringat bonda sis jugak..uwaaaaa... teringin nak makan masakan bonda jugak..:(

    Dr K said...

    Itulah kasihnya ibu..kasihnya bapa..

    Walau anak tak balik, tetap mereka kirimkan sesuatu untuk anak2 yang dah besar panjang..

    Anonymous said...

    bila dah kawin2 ni..memang macam inilah perasaannya..mcm adik MDT yg baru kawin tu..asik telepon mak rindu nak makan ramai2 satu keluarga..

    cikpia said...

    jeruk pelam ada lagi dak..........??? nak!!!!!

    HEROICzero said...

    Hai Gadis Comel.

    apa tadi nak komen.

    aah, ya. semoga segera pulang, hendak nya.

    *keh3x macam iklan raya.

    Total Pageviews

    My Followers