• News

    07 April, 2011

    KHATULISTIWA

    Petang yang tadi cerah bertukar menjadi mendung. Mau ujan agaknya. Hari gelap jangan di sangka mau ujan. Clear water don't sangka no buaya.




    Mak Limah  baru sudah bancuh seteko air kopi. Tadi sudah disiapkan sepinggan pisang goreng. Kopi tu Mak Limah tanam, dan proses sendiri menjadi serbuk kopi. Kopi kampung, walaupun harga tak semahal kopi Arabica mahupun Robusta. Pisang nangka belakang rumah dah berapa biji di makan beruk. Mujur sempat Mak Limah tengok, di suruhnya suami tercinta segera mengambil pisang tersebut.




    Mak Limah memerhatikan suami tercinta, Pak Ucop di bendang, tak jauh dari rumah. Di laung nama suaminya supaya lekas pulang, boleh minum petang bersama-sama. Lagipun hari sudah kelihatan sangat mendung.




    Pak Ucop sampai ke rumah, sambil di perhatikan seekor lintah kerbau yang buncit perutnya selepas menyedut darah di betis. Haram betul lintah ni. Di mintaknya kertas dari isteri tercinta dan diletakkan lintah kerbau tersebut di atas kertas dan di bakar. Padan muka. Mati kau si lintah kerbau.




    Mak Limah segera mengangkat air kopi dan sepinggan pisang goreng kepada suaminya yang baru selesai membakar seekor lintah kerbau. Pak Ucop bangun membersihkan kaki dan tangan yang berlumuran dengan lumpur. Mak Limah segera memanggil Abi yang berada di bilik, sedang buat kerja sekolah.




    "Abi, mari minum petang dengan mak dan ayah", kata Mak Limah. Abi yang sedang leka memegang henpon nokia 3G jenama tiruan tersentak. "Sekejap mak, nanti Abi datang", kata Abi sambil mengangkat jari telunjuk dan jari tengah (peace) kepada emaknya. Mak Limah senyum dan berlalu.




    Mak Limah mendengar suaminya meminta mengambil telefon bimbitnya, segera di ambil dan di berikan kepada suaminya. Pak Ucop mengambil telefon bimbitnya dan menekan beberapa punat. Mak Limah tidak ambil kisah. Mungkin mahu SMS Lebai Jusuh. Mak Limah nampak kelibat anak daranya berjalan pulang dari tempat kerja, kilang buat kicap di pekan.




    "Leha, mari minum petang sama-sama"", kata Mak Limah menegur anak daranya. "Sekejap mak, nak masuk bilik dulu, letak barang", kata Leha. Leha segera masuk ke bilik, di keluarkan telefon bimbitnya dari beg yang di beli di pasar malam 5 hari lepas.




    Mak Limah menunggu suami, Abi dan Leha sambil menghirup air kopi panas. Pak Ucop hendak mendownload sesuatu dari youtube, tapi tak berjaya. Dia kecewa. Di panggilnya Abi, minta Abi tolong download kan. "Abi, tolong ayah download kan vidiyo yang kecoh kat tibi tu", kata Pak Ucop.




    "Abi dah try, tapi tak boleh. Cer ayah tanya Kak Leha kot-kot dia ada", kata Abi, muka Abi pun agak frust. Abi berlalu ke bilik Leha dan meminta Leha mendownload vidiyo tersebut. Leha geleng-geleng kepala, tanda tidak berjaya. Semua orang buat muka frust.


    Lalu Mak Limah bersuara, "Laaa.. kenapa abang tak mintak vidiyo tu kat Limah je, Limah dah save awal-awal lagi vidiyo tu kat henpon Limah", kata Mak Limah sambil senyum ke arah suaminya.


    Pak Ucop, Abi dan Leha duduk minum petang dan makan goreng pisang panas diiringi hujan yang mencurah-curah lebatnya, sambil on bluetooth kat telefon bimbit masing-masing. Mak Limah menang.

    24 comments:

    sahromnasrudin said...

    "Abi, mari minum petang dengan mak dan ayah", kata Mak Limah. Abi yang sedang leka memegang henpon nokia 3G jenama tiruan tersentak. "

    itu jenama tiruan ape?? aku takut aku terbeli coz aku mmg tengah survey phone baru..phone aku hampir jahanam arr huhuhuhhh

    Siti Noor Aminah said...

    sahrom - nak beli, make sure jenama zitron.. haha..

    Hanis Azla said...

    kopi panas + pisang goreng + hari hujan = great combination.. he..he..

    gadisBunga™ said...

    dah setahun aku tak beli enpon baru. perlukah beli tahun ini? heheh~

    Dr K said...

    hahaha..sibuk nak upload video sensasi 1.47 minit tu ke?

    Siti Noor Aminah said...

    kak hanis - hmmm.. bestnya makan goreng pisang dgn air kopi.. memang terbaekkk!!!


    GB - selagi tak rosak, pakai je la yg ada tu. hihih


    daddy ziyyad - hahahha. vidiyo itu lah, yg menjadi kegilaan ramai. ;-))

    sepet said...

    hang ad dunlod dak vidiyo tu?? fwd ler kat aku weiii ..


    hahahhaa

    Siti Noor Aminah said...

    sepet - haha. dakkkk.. tak tengokk.. tanya la mak limah, dia ada..

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

    ada clas mak limah...

    hanafijaafar said...

    huhu, aku komfem abes la kopi kampung tu samaada kopi robusta ataupun arabica. sebab kat dunia ni cuma ada 2 spesis tu je...

    Tijah said...

    aku on blutut skang. send ehhhh??

    Anonymous said...

    dahsat lah family mak limah..terkasima i.. :)

    Aleen Aiden said...

    wow!abi.hu3

    Aleen Aiden said...

    da lame jugak xkene goreng pisang nih.haishhh!

    Aleen Aiden said...

    amboi,kemaen limah ye!

    Days said...

    kemain kome yea kak mak limah heheh dlm diam je tu

    alin said...

    hahahaha..ni mesti mak limah tu sebenarnye xde video tu kan??dia sengaja ckp cmtu sbb nk semua mkn pisang n minum kopi ek??hihihi..

    sori kalo mandai2 je buat imaginasi sendiri.. ;p

    Pala Maldini said...

    vidiyo apa kah itu ? nak jugak..

    DeLancrettLurpak said...

    wakakakkaka!!!

    baik punya karangan ko ni! Aku bagi 102/100!! hehehhe

    tapi takde watak antagonis la weyyy

    Mak Su said...

    sambil tu layan lagu khatulistiwa oleh blues gang

    aNiS tHe BumbleBee said...

    tabik aaa mak limah...nila yg dikatakan surirumah yg advance..gyahahaha!!

    a.z.r.i.n.a.03.07 said...

    henfon yg ada ni dekat 2 tahun dah. xde G pun.


    rasa macam nak hilangkan aje macam sebelum ni... hehehe..

    Carnation said...

    ce bagi no mak limah ke aku. nak kontek beliau neh.

    Mimi Jazman said...

    adoi.. baru je tadi singgah satu blog yg bertanya..

    "kenapa banyak betul orang cerita pasal kak limah ni?"

    hehehe.. yela.. nape ek??

    Total Pageviews

    My Followers