• News

    05 May, 2011

    peluk dan cium



    Gambar ulang siar. Khas untuk Kak Tasek yang lupa gua dah kawin.
    ( Ishhh.. disuruhnya gua jangan bercintan cintun dengan laki yang lebih tua.. wahahaha)


    Sapa tengok cerita Nanny 911 kat NTV7? Tak penah tengok? Aku pernah tertengok cerita ni banyak kali jugak. Nanny ni akan pergi ke rumah parents yang ada problem nak handle anak-anak depa. Ingat nak ada ni senang?? Uishhh.. Aku yang belum ada anak ni pun riso, macam mana nak handle anak sendiri nanti.

    Kalau anak sepupu-sepupu aku, anak jiran-jiran aku kat kampung, aku jegil mata sekali dah takut. Melawan jugak, kasi jerkah dua tiga kali, diam lah. Tapi, bukan gitu yer cara nak handle budak-budak. Macam cerita semalam, laki bini ni ada 6 orang anak kecik. Sekali kembar 3 orang daaa. Lagu mana nak handle budak-budak kecik yang banyak kerenah ni. Yang sulung lelaki, 5 yang lain of kos la perempuan. Semua kecit-kecit lagi.

    Jadi bila si Nanny ni mai umah, dia akan catat apa mistake yang mak ayah dan anak-anak ni buat, sampaikan family tu boleh jadi caca marba. Antara masalah yang dia berjaya identify:

    * mak ayah suka gaduh depan anak2 - anak2 tengok je mak ayah dok gaduh depan depa. tu contoh tak baik yang depa tunjuk kat anak2

    * mak suka cakap bad words - haha. macam2 perkataan 'canggih' yang si mak guna masa tengah marah.

    * mak ayah tak bagi perhatian kat anak lelaki - cian anak lelaki yang sulung tu, mak ayah lebihkan yang perempuan sampai dia mula memberontak sebab nak tarik perhatian

    * mak suka cakap kuat2, jerkah2, tengking2 - si mak ni ingat, bila dia cakap kuat2, budak2 tu akan diam. tapi lagi pening, budak2 tu semua ketegaq.

    * kalau nak badan yang sihat, kena makan benda2 yang sihat dan berkhasiat - hari2 taktau berapa kali mak ayah budak2 ni bagi depa susu. gaduh je, bagi susu. Nanny kata, banyak minum susu sangat pun tak elok, nanti boleh kena sembelit. tak salah kalau sekali sekala bagi budak2 tu mentekedarah eskerim.

    * tak ada peluk dan cium - Nanny tu perasan, dalam rumah tu mak ayah treat anak2 depa macam takdak kasih sayang. tak ada peluk dan cium.


    Aku suka last mistake yang Nanny tu perasan pasal mak ayah budak2 ni. Serius berjaya buat budak2 yang ketegaq ni jadi lembut, lebih tenang. Mak ayah memang sayang kat anak2, tapi kadang2 depa tak tunjuk. Kita yang besaq2 ni lain la, rasa lain macam ja nak pi peluk mak ayah sendiri, kalau raya ka apa, masa nak salam tu ok lah. Tapi yang kecit2 ni, boleh la kita tunjuk sayang kita kat depa dengan peluk dan cium. Derrrr.. ingat laki bini / pakwe makwe je boleh peluk cium. Dengan anak2 pun kena peluk cium okeh. Baru budak2 tu rasa disayangi.

    Ok, setakat ini saja tips kekeluargaan dari Dr.GC yg pandai cakap saja sedangkan diri sendiri pun tak ada anak lagi. Wakakaka.


     > KITA BOLEH BELAJAR DARI PENGALAMAN DAN KESALAHAN ORANG LAIN <



    25 comments:

    kucingorengemok said...

    kelihatan perantin lelaki lebih tunduk malu² dari perantin ppuan, mengapakah? kih kih...

    bujal X said...

    da tu apa kena mengena dengan gambar orang kawin tu?hahaha~~

    Siti Noor Aminah said...

    kog,

    ohhh.. pengantin ppuan itu sgt rock!!! tak malu2 pun beliau.. haha..

    alien said...

    iskh
    puas pikir apa kaitan gambar tu
    cis

    ♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

    Tips yang bagos kepada kaum ibu2 dan bapa2...tapi pada yang baru nak kawen...boleh take notes ye bila ade anak nanti :P

    Cik Anita said...

    ulang tayang picca kahwin hang yg tu jah..
    dah ar pompuan tu comel..grrr
    letak ar picca lain pulak!

    cikceriacorner said...

    heheh..sy pon suke tgk cite nanny tu...

    sungguh secocok kamu berdua..heheh

    Hanis Azla said...

    akak pun ada tgk program tu malam tadi sbb en.asben panggil ajak tgk.. kaw2 dia jerkah anak dia.. en.asben siap warning, u buat anak i mcm tu siap.. he..he..

    Siti Noor Aminah said...

    bujal,

    gambo tu takde kena mengena. sj nk tnjuk kat tasek merah tu, psl dia igt aku blom kawin. haha.


    alien,

    eee..gambo tu sj nk tnjuk je. wahaha.

    * entri ni utk diri sendiri jgk memandangkan aku pn mom to be. insyaallah.

    kata kila said...

    pergh.nanny tu aku sukaaa tgk!!

    ahmad humairi said...

    Tak pe dr GC,

    bila ko dah tulis, ko sendirik yang paham dulu, baca dulu, dan bila ko cakap, telinga sendirik yang denga dulu...jadik nasihat tu kiranya tuk dirik sendirik gak la.

    Kuasai Minda said...

    Moga GC juga akan berjaya menjadi ibu yang cemerlang suatu hari nanti...

    cikpia said...

    aku rasa tradisi peluk cium nie kena start dari kecik.... macam family aku, dari kecik nak tdo ka nak pi mana2 kena peluk cium mama papa dulu. jadi tebiat sampai ke tua...... ada kawan aku dia kata sesekali dia teringin nak peluk cium ayah mak dia tapi segan...... sebab tak penah buat. see, ada beza kan???

    Dr K said...

    -cantik baju kawin..hitam putih...I like !!..:)

    - saya suka tgk Nanny Fran aja...kat Hallmark dulu ada..hahaha..habis layan semua episode

    ardzmarn said...

    dua ada 2 keping gambar sebijik macam gambar kat entry tu.. gua ingat nak tampal ar kat blog.. amacam..




    :)

    Siti Noor Aminah said...

    man,

    hang jangan nak ngada2. gua lempang lu kanggggg... berterabur gigi.. haha..

    Encik Psychopath said...

    ada tengok cite tu.

    b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

    salam
    bila tengok gambo tu, hati gua sikit pedih dan terugris ,adakah gua lambat...

    DeLancrettLurpak said...

    anak saya kalau dia rasa semacam, dia akan ckp, "mommy, i just want to cuddle with you"..

    dia belajar kat nursery mcm gitu..

    so, kami mmg selalu ada group hug dirumah, hehehe...

    mari amalkan bersama, hehehe

    Yunus Badawi said...

    Itulah ko kawin tak jemput kita org. Kan dah ada yg tak tahu ko dah kawin hehehe

    Ati Masrif said...

    tu pic GC ke...

    comel ada mcm rosa lah ...

    kak ati ajar anak2 salam dan cium
    b4 pergi tido :)

    aNiS tHe BumbleBee said...

    peluk cium tu slalu gak buat..tp kdg2 kalo buat perangai, raket letrik laa jawab dia.keh3x!

    tasekM said...

    ok.
    ok.

    gua ingat dah.
    he he.



    .

    -MsGoodNite- said...

    belum penah tengok rancangan tu...

    Anonymous said...

    bab peluk/cium anak2 memang dah train dari awal..saje nak biar dorang tak malu nak tunjuk rasa sayang depan2..harap2 biar sampai besar

    lepastu mesti cakap i luv u, imissu everytime habis ckp kat tipon..walau nampak mcm belagak & ngade2..tp ade aku kesah?? hehe!

    Total Pageviews

    My Followers