• News

    15 March, 2022

    Alhamdulillah, Mysejahtera dah biru

    Mysejahtera dah biru


    Alhamdulillah, harini dah habis kuarantin. Dah mula bekerja walaupun batuk-batuk masih ada lagi. Aku masih bekerja dari rumah sebab anak aku yang 2 orang lagi ni belum habis kuarantin. Insyaallah, esok 16hb March dah habis kuarantin.



    Aku masih tak de selera nak makan, nak makan, tapi taktau nak makan apa. Jadi, aku pun tak makan. Lebih banyak minum. Kalau boleh taknak lah kurus dengan cara macam ni. Hahahaha. Biar la kurus dengan cara yang sihat. Tibee..



    Harini, honestly teringin nak makan nasi kandar. Jadi aku pun usya-usya la dalam Grab Food, sebab masih malas nak keluar. Tengok dalam Grab Food, macam tak menarik. Tengok pulak dalam Food Panda.



    Rupa-rupanya, banyak gila kedai atau restoren yang ada dalam Food Panda compare to yang ada dalam Grab Food. Asalnya nak tengok kedai nasik kandar, nampak pulak kedai-kedai tomyam dalam Food Panda. 



    Dah sekarang ni rambang mata taktau nak order nasik kandar ke, nak order tomyam. Duit dah la tak berapa nak ada sangat ni, sebab masa kuarantin, memang duit dah habis banyak. 



    Takpe, kita scroll down lagi tengok menu-menu apa yang menarik dalam Food Panda tu, kot-kot ada yang menarik. Tapi masih teringin nak makan nasik kandar kuah banjir. Aduhaiii… tekak ni, macam-macam betul. 



    Semalam aku order pizza, sebab tak terasa pulak nak makan nasi. Order pizza hut dalam Food Panda, guna voucher code Pestapanda kalau tak salah aku, dapat la diskaun berapa ringgit aku dah tak ingat. Anak-anak pun suka makan pizza, tambah-tambah pizza tu masih panas lagi, sekejap je licin. Hahahaha… 









    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers