• News

    13 March, 2022

    Kudap-kudap berasaskan lemon dan madu buat pesakit covid

    Aku nampak kudap-kudap ni lalu lalang dekat whatsapp status kawan-kawan dan ramai jugak yang share dengan aku bila dapat tau aku positif covid. Video dari tiktok ni ramai sangat yang share. So no harm to try kan?


    Tapi tak pasti lah kesahihan kudap-kudap ni membantu ke tak, tapi disebabkan bahan-bahan yang digunakan tu memang dah sedia ada di rumah, maka jom lah kita try.


    Bahan yang diperlukan, buah lemon, madu dan garam.


    Cara-cara nak sediakan kudap-kudap ni:


    Potong lemon nipis-nipis, susunkan diatas pinggan atau mangkuk, taburkan madu dan juga garam. 


    Rupa-rupanya, sedap jugak ye kudap-kudap ni. Ada rasa masam, manis dan masin. So cuba lah. 



    Potong lemon nipis-nipis macam ni dan susun diatas pinggan




    Taburkan garam dan madu ke atas lemon dan nikmatilah kudap-kudap ni. 


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers