• News

    01 March, 2022

    Dah Tak Jual Kerepek Ke?


    Ramai yang tanya aku soalan ni? Dah tak jual kerepek ke sekarang ni? Jawapan aku, yes! Memang aku dah stop jual kerepek sekarang ni. Aku stop jual kerepek berkuatkuasa dari suami aku kena pindah ke Sungai Besi.


    Sebelum pindah tu sebenarnya memang aku dah stop jual kerepek jugak. Aku nak fokus masa aku dekat anak-anak. Sebab aku rasa, bila aku ada kerja lain selain kerja hakiki aku dekat kilang tu, masa untuk anak-anak jadi kurang.


    Tambah-tambah sekarang suami aku merangkap abang runner dah duduk jauh, maka susahlah nak mintak dia tolong COD (cash on delivery) dekat customer.


    Sementelah aku bukan lah orang yang mahir sangat dengan selok belok jalan dalam Manjung ni. Ya, aku dah lama bermastautin di Manjung ni, tapi nama-nama taman, nama-nama jalan dan lorong, memang aku failed walaupun dah on waze, google maps segala mak nenek apps. 


    Jadinya, aku berehat sebentar dari dunia perniagaan dan aku dah tak de side income sekarang ni. Kalau dulu, syok jugak ada extra duit 100, 200 pun. Sekarang, bergantung sepenuhnya kepada duit gaji. 


    Masa yang ada ni pun sebenarnya agak terhad. Sampai rumah dah pukul 6 lebih, ambik anak dari rumah pengasuh, nak membasuh, nak masak lagi (itu pun kalau aku rajin masak, kalau tak masak, aku beli je kat kedai siam). Hahahaha. Menu yang wajib aku order, mestilah tomyam ayam. Anak-anak aku jenis nak makan lauk yang berkuah.


    Masa yang ada waktu malam tu lah nak sidai kain, nak kemas-kemas rumah, nak layan anak-anak tengok tv, nak berehat. Jadinya, masa tu agak terhad untuk aku nak rehat-rehat, relaks-relaks, chill chill dengan anak-anak. Dah lah sekarang ni aku lah mak, aku lah bapak. Uiii.. bukan senang tau!


    Semoga aku dapat berjimat cermat lah dengan gaji yang ada ni. Aku pun sebenarnya tengah tunggu jugak bakal penyewa rumah aku bayar duit sewa dan deposit rumah. Lega lah sikit kalau duit sewa rumah dah masuk. 


    Harapnya, semua berjalan lancar. Aminnn….


    Cerita petang tadi, lepas balik kerja, aku bawak anak-anak ke taman sebab kesian budak-budak ni, terperap je kat rumah time cuti sekolah ni. Risau sebenarnya nak bawak keluar, dengan kes covid yang banyak. Tapi tu lah, harap-harap takde apa-apa lah.


    Anak-anak nak main dekat taman, lepas tu dah lama anak-anak mintak nak main belon. Bukan main seronok lagi depa dapat pi taman, lepas tu dapat main belon dekat Waterfront Lumut tu. Serius cantik view kat sini. Hampa mai la jalan-jalan kot sini.








    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers