• News

    02 March, 2022

    Blog Editor

    Balik kerja tadi, terus ON computer. Banyak benda nak kena betulkan dekat blog aku ni, sebab aku asyik dapat notification yang blog aku ni ada page experience, core web vitals dan mobile usability. Aku pun tak berapa faham sangat dengan benda-benda ni, tapi since benda-benda ni show errors dekat blog, so gigih jugak lah dok tengok balik post-post lama dan baru yang bermasalah.


    Bila tengok blog orang lain, yang 1 hari pun boleh dapat views sampai beribu, compare to blog aku yang sendu, macam melukut di tepi gantang ni, views sehari nak dapat 50 pun susah.


    Modal beli domain pun tak lepas! Hahahaha...


    Tak lama lagi kena renew balik domain ni, sebab dah nak expired. Aku pun tak berapa sure, nak maintain or continue dengan nama domain www.sitinaminah02.com atau tukar nama lain. Sebab aku macam rasa, blog aku ni ada issue pasal nama domain aku yang bernombor tu. Hahahaa. Ni andaian aku je. Aku bukan pakar pasal domain segala mak nenek ni.


    Apa-apa pun, aku masih gigih dok edit balik post-post lama, tukar balik font yang lebih besar, kot-kot error dekat Google search console pasal mobile usability tu ada kena mengena dengan saiz font lama yang aku guna.


    Tapi, mengantuk juga ni. Hahahaha...


    Doa kan lah views ke blog aku ni makin hari makin naik. Bulan January 2022, views aku untuk sebulan dapat 1000 lebih je, bulan February 2022 better sikit, naik lah ke 2000 lebih. Harapan aku, bulan March 2022, naik lah lebih sikit oii... Hahahahaa...



    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers