Ship is my home, Sea is my playground, SEDIA BERKORBAN

Ironinya, bukan anggota sahaja yang ‘SEDIA BERKORBAN’

Tapi juga, anak-anak isteri dan keluarga

Anak-anak adakalanya membesar tanpa kehadiran ayah

Isteri yang kuat dan tabah terus memikul tanggungjawab si suami

Menangis setiap kali ditinggal pergi

Menanggung sakit sendiri



Bukan mudah pengorbanan ini

Bukan mudah mengahwini anggota tentera

Bukan mudah membesarkan anak seorang diri

Bukan mudah mengambil alih tugas suami

Bukan mudah menjaga anak yang sakit seorang diri

Bukan mudah..



Tapi semuanya perlu dilalui

Perlu kuat

Perlu menangis di dalam hati



Buat suami yang bertugas demi agama, bangsa dan Negara

Semoga dapat terus berbakti 

Usah risaukan kami disini

Kami akan sama-sama berkorban

Semoga ini yang terbaik untuk kita



Insyaallah, aminnnnn….





Post a Comment

Dipersilakan komen disini.

Previous Post Next Post