• News

    10 April, 2022

    DisneyHotstar atau Netflix?

     Assalamualaikum dan salam ramadhan yang ke 8


    Aku sebenarnya nak pasang Netflix kat rumah aku, tapi TV rumah aku ni jenis TV rakyat B40, memang la tak boleh nak langgan Netflix, kalau nak langgan Netflix, kena beli android box kan, tak pun Mi Stick yang aku tengok ramai beli dekat Shopee. Mi stick tu aku tengok tak la murah sangat, mahal jugak kan. Sebelum ni aku ada langgan Netflix, tapi tengok dekat handphone aku, sebulan RM17, tapi faham-faham lah kan bateri Iphone X ni, bukan tahan lama.


    Jadinya, bila lama-lama aku tak sempat nak tengok Netflix, aku pun stop langgan. Aku teringin nak langgan balik, tapi taknak tengok dekat handphone aku lagi, kalau boleh nak tengok dekat TV, boleh tengok ramai-ramai sekali anak-anak, sebab since aku dengan suami aku PJJ, kami memang jarang ke mana-mana, banyak spend time kat rumah je. Kena la ada hiburan sikit kan, tambah-tambah kami semua memang jenis layan movie-movie, especially movie Marvels.


    Haritu masa sembang-sembang dengan kawan aku pasal nak langgan Netflix ni, dia kata dia nak try pasang DisneyHotstar, RM54 ringgit lebih untuk 3 bulan. Rasa macam not bad jugak harga dia memandangkan kami ni bosan jugak asyik-ayik layan cerita Upin Ipin, Ejen Ali, Boboiboy. Hahhahaa. Kalau dapat layan movie best-best, syok jugak kan. Tak la bosan sangat hidup kami ni. 


    Sekarang ni aku tak sure lagi nak langgan yang mana satu, DisneyHotstar ke Netflix. Terfikir jugak nak langgan Netflix dekat desktop rumah aku ni, tapi screen dia dah rosak sikit, still boleh tengok tapi tak sure benda apa dekat screen ni, kalau tengok dekat screen better sikit, besar, luas, macam tengok tv. Boleh lah tengok movie puas-puas.


    Terfikir jugak nak cari screen desktop baru, tengok lah macam mana nanti. Takde ke kawan-kawan area Manjung yang nak let go screen desktop murah-murah. Harga below 150, serius nak beli. Or else, better aku pergi kedai computer, usya screen computer kan. Hurmm... sat kena fikir lagi.


    No comments:

    Total Pageviews

    My Followers