• News

    22 October, 2022

    Oh Suami ku, bila awak nak pencen

    Buat suami ku yang masih dalam service, bila awak nak pencen ye? Hahaaha. Penat tau tak duduk jauh-jauh macam ni, lepas tu kena handle anak sorang-sorang. 



    Sekarang ni suami aku tengah cuti, Alhamdulillah syukur sangat-sangat, lega betul! Aku memang terus tak buat kerja rumah, balik kerja dah ada orang yang siap masak nasik dengan lauk. Haritu aku masuk kerja awal sikit, terkejut officemate tengok aku sampai awal dari dia. Hahaha..



    Oh suamiku, bila awak nak pencen ni?



    Letih lah pagi-pagi mesti kelam kabut siapkan anak-anak pergi sekolah, bukan sorang 2 ye yang sekolah, 4 orang. Pagi-pagi dah kena bebel itu ini.


    Emran, dah isi air belum?

    Aimy, duit dah ambik dah?

    Face mask ada tak?

    Cepat sikit, nanti van sampai.



    Kecoh betul pagi-pagi. Lepas 3 beradik tu pergi sekolah, aku nak settle kan si kecik yang pergi tadika ni pulak. Sambil-sambil tu aku masak nasik dan lauk nak tinggalkan dekat anak-anak yang balik sekolah.  Alang-alang dah masak tu, aku terus lah tapaukan makanan aku sekali ke ofis. Jimat duit.



    Haritu, seminggu jugak aku tak keluar duit beli lunch. Jimat tang duit lunch tu je lah, balik kerja petang tu still nak kena beli bahan-bahan nak masak. Tapi aku rasa, still jimat jugak lah. Aku biasanya masak nasik pagi-pagi tu sekali dengan dinner punya, jadi jimat tenaga aku nak masak nasik 2,3 kali. 



    Kebetulan suami aku tengah cuti ni kan, boleh lah suruh dia ambik Emran balik dari tuisyen. Tahun ni Emran nak ambik exam UPKK, jadi lepas waktu sekolah ada tuisyen. Masalahnya van sekolah yang selalu dia naik tak ambik pulak, jadi aku terpaksa lah hire orang lain untuk ambik Emran. RM7/ trip, bayangkan 3 kali seminggu tuisyen dia tu, memang extra lah aku kena bayar.



    Ni suami aku ada, memang aku suruhlah dia ambik anak balik dari tuisyen. Kalau hari jumaat pun problem jugak, aku terpaksa keluar lunch lambat sebab nak kena hantar Emran ke sekolah, ada tuisyen lepas solat jumaat. Baliknya, naik van. Aku agak stress lah nak handle bab-bab macam ni. Tapi bila laki aku ada, lega lah sikit.



    Kata suami aku, lagi 2 tahun dia nak pencen. Adehh! Rasa macam lambat lagi tu. Emran masa tu dah masuk form 1, Amna dah darjah 5, Aimy darjah 3, Aleeya pulak masuk darjah 1. Haihh.. jenuh jugak nak handle benda-benda ni sorang-sorang. Aaaaaaa… cepatlah pencen! Hahaahahaha….



    Oh suamiku, bila lah awak nak pencen ni?? 



    Semoga aku terus kuat nak handle anak sorang-sorang, semoga anak-anak sihat dan aku pun sihat-sihat jugak. By the way, aku kerap jugak cuti sebab jaga anak tak sihat. Apa boleh buat, aku takde saudara atau family kat sini yang aku boleh mintak tolong untuk tengok-tengok kan anak kalau depa tak sihat. 



    Semoga semuanya baik-baik saja, sampai lah suami aku pencen.


    Tomyam paling sedap di dunia, hasil masakan suami 😂



    Sambut birthday sama-sama, tapi beli slice cake macam ni je sebab suami on diet. Tapi dia makan jugak kek ni sebab nak jaga hati aku 😂😂



    1 comment:

    Sii Nurul said...

    Semoga dipermudahkan semuanya kak.. Aamiin

    Total Pageviews

    My Followers